Page 137 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2
P. 137
Ciri-ciri Imej yang Terhasil daripada uba ?!
Kamera Pinhole C Fikirkan
Kamera pinhole akan menghasilkan imej yang bersifat nyata, Apakah paparan imej yang
songsang dan lebih kecil daripada saiz objek sebenar. Namun, imej terhasil jika kita membuat
yang terhasil juga dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut: beberapa lubang pada
kamera pinhole ?
Semakin kecil lubang, imej yang terhasil akan
menjadi semakin terang dan jelas, manakala semakin
besar lubang, imej akan menjadi semakin kabur. Kreativiti dan
Kamera berbentuk silinder akan menghasilkan imej Inovasi
yang cembung seperti penggunaan lensa fish eye. Kamera pinhole boleh
Hal ini kerana kertas foto/filem yang melengkung dihasilkan dengan
mengikut bentuk silinder. menggunakan bahan-
Kamera berbentuk segi empat akan menghasilkan bahan terpakai seperti kotak,
imej yang normal dan rata. Hal ini kerana kertas foto/ tin dan botol berdasarkan
filem berada dalam keadaan lurus dan rata. kreativiti murid.
Kedudukan jarak di antara kertas foto dengan lubang
juga akan menentukan kelebaran sudut cahaya.
Semakin dekat dengan lubang, sudut akan menjadi
lebar sehingga cahaya yang sampai pada permukaan
kertas foto akan menghasilkan gambar yang lebar.
Kamera pinhole
Imej
Lubang jarum Objek
Kedudukan kertas dan lubang yang dekat Hasil foto kamera pinhole silinder
Rajah 11.2 Contoh ciri-ciri imej yang terhasil
iMbAs sAyA
Sejarah Kamera Pinhole dalam Fotografi
Ibn Haytham.
Kamera pinhole telah dicipta oleh seorang saintis Islam yang
bernama Ibn Haytham (965-1040 Masihi). Beliau menggunakan
kamera pinhole untuk membuktikan fakta bahawa cahaya bergerak
dalam satu garis lurus dan penglihatan dihasilkan oleh cahaya yang
bergerak ke dalam mata kita. Prinsip ini menyamai prinsip kamera goo.gl/WDoMaZ
obscura ciptaan Gemma Frisius (1544) yang digunakan untuk
merakam gerhana matahari.
129

