Page 141 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2
P. 141

Apresiasi Seni                                                 Standard Pembelajaran
                                                                               Murid boleh:
                                                                               11.4.1  Mempamerkan hasil
             Dalam sesi Apresiasi Seni, semua hasil produk seni foto                produk seni foto.
             perlu diperagakan untuk Tumpu Galeri. Lakukan aktiviti            11.4.2  Menghayati hasil
             Tumpu Galeri berikut dengan bimbingan guru untuk                       produk seni foto
             memastikan anda menggunakan Bahasa Seni Visual yang                    sendiri dan rakan
             tepat.  Kaitkan  Bahasa  Seni  Visual  yang  diaplikasikan             dengan menumpukan
             dalam membuat apresiasi hasil produk masing-masing.                    pada aspek Bahasa
                                                                                    Seni Visual.
                                                                               11.4.3  Menjelaskan
                                                                                    pengalaman sendiri
                                                                                    dalam penghasilan
                      Tumpu                                                         produk seni foto.
                          Galeri



             Tujuan: Menghasilkan produk seni foto dengan menggunakan idea sendiri secara kreatif dan
                    inovatif serta membuat apresiasi berpandukan Bahasa Seni Visual.

             Bahan: Hasil karya seni murid dalam aktiviti Ekspresi Seni.

             Langkah:
             1.  Pilih 10 hasil produk yang terbaik untuk dipamerkan.
             2.  Pamerkan reka bentuk produk yang telah siap di hadapan kelas.
             3.  Wakil setiap kumpulan perlu menerangkan dengan jelas kamera pinhole yang dipamerkan
                dalam masa tiga minit.
             4.  Murid menyatakan pengalaman menghasilkan kamera pinhole tersebut.
             5.  Pembentangan hendaklah dilakukan secara mudah, ringkas, tepat serta menumpukan kepada
                aspek Bahasa Seni Visual.




             Nota Guru
              Panduan membuat apresiasi
              karya seni dari aspek:
              •  Pemilihan alatan dan bahan.
              •  Penguasaan dan pemilihan
                teknik yang betul.
              •  Bahasa Seni Visual yang
                ditekankan.









                                            Gambar foto 11.3 Murid mempamerkan  produk kamera pinhole

                                                                                                    133
   136   137   138   139   140   141   142   143   144   145   146