Page 46 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2
P. 46
Persepsi Seni Standard Pembelajaran
Murid boleh:
4.1.1 Menjelaskan definisi
Definisi Cetakan cetakan.
4.1.2 Memerihalkan
Cetakan merupakan proses menghasilkan kesan imej pada tentang sejarah
perkembangan seni
permukaan perantara melalui terapan blok atau plat yang disapu cetakan:
dakwat cetak. Keunikan seni cetakan berbanding dengan karya (i) Pelukis cetak
seni halus lain ialah cetakan dapat menghasilkan beberapa (ii) Karya cetakan
keping hasil yang disebut edisi. Dalam suatu edisi, semua hasil 4.1.3 Menerangkan prinsip
seni cetakan dianggap sebagai karya asli. dan konsep seni
cetakan konvensional.
Sejarah Perkembangan Seni Cetakan 4.1.4 Menjelaskan kaedah
dan teknik seni cetakan.
Sebelum Merdeka
Perkembangan seni cetakan tempatan tidak serancak seni catan. Perkembangan
ini merujuk kepada kegiatan seni cetakan potongan kayu oleh pelukis-pelukis
Akademi Nanyang di Singapura pada akhir tahun 1940-an. Kebanyakan
karya seni cetakan awal bertemakan kemasyarakatan. Contoh karya seni
cetakan ialah 'United' (1954) oleh Tan Tee Chie menggunakan seni cetakan
kayu. Tay Hooi Keat pula menghasilkan karya seni cetakan lino bertajuk
Tay Hooi Keat, 'King Fisher ' (1951).
King Fisher, 1951,
cetakan lino
Selepas Merdeka
Selepas merdeka, ramai pelukis tempatan yang melanjutkan pengajian ke
luar negara antaranya Long Thien Shih, Loo Foh Sang, Lee Kian Seng,
Lee Joo For, Abdul Latif Mohidin dan Ahmad Khalid Yusof. Mereka turut
menyumbang kepada perkembangan seni cetakan tempatan setelah kembali
ke tanah air.
Seni cetakan semakin berkembang dengan penubuhan Specialist
Teachers’ Training Institute (STTI) pada tahun 1960. Chew Teng Beng dan
Ahmad Khalid Yusof adalah antara pelukis cetak kelahiran institusi ini. Seni Ponirin Amin,
cetakan juga dijadikan satu bidang khusus di Jabatan Seni Halus, ITM (kini Dalam Sinar
UiTM), USM dan Institut Seni Lukis Malaysia. Mata Mu,
Era kontemporari seni cetakan, iaitu seni cetakan konvensional 1978, saring sutera
(Serigrafi)
kepada digital bermula pada 1980-an. Ismail Zain telah mempamerkan karya Koleksi LPSVN
seni cetakan digitalnya dalam Pameran 'Digital Collage ' pada tahun 1988.
Contoh karya yang menggunakan teknologi komputer ialah 'Surah ' (1991) oleh Ponirin Amin
dan 'Virtual Reality' (1993) oleh Bahaman Hashim. Seni cetakan terus diberi nafas baharu dengan
penerokaan karya cetakan 3D oleh Juhari Said, contohnya karya 'Seniman Yang Dilupakan ' (1996).
Beberapa siri pameran seni cetakan telah diadakan seperti Pameran Gurisan Asid Pelukis
Atelier 17 Paris di Galeri Samat (1968) dan Pameran Cetakan Antarabangsa Pulau Pinang (PIPE)
2010. Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, Galeri Petronas dan Persatuan Pelukis Malaysia
antara pihak yang pernah terlibat dalam penganjuran pameran seni cetakan.
38

