Page 41 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2
P. 41
Apresiasi Seni Standard Pembelajaran
Murid boleh:
3.4.1 Mempamerkan hasil
Pada sesi Apresiasi Seni ini, beberapa karya murid dari aktiviti karya.
Ekspresi Seni akan dipilih untuk diperagakan. Anda akan 3.4.2 Menghayati hasil karya
membicarakan hasil karya tersebut melalui Tumpu Galeri. sendiri dan rakan
Lakukan aktiviti Tumpu Galeri berikut dengan bimbingan dengan menumpukan
guru untuk memastikan anda menggunakan Bahasa Seni Visual pada aspek media dan
yang tepat. Kaitkan Bahasa Seni Visual dan tema yang dipilih teknik.
dalam membuat apresiasi hasil karya masing-masing. 3.4.3 Menjelaskan
pengalaman sendiri
dalam penghasilan
karya.
Tumpu
Galeri
Tujuan: Menghasilkan karya seni catan dengan menggunakan idea Keusahawanan
sendiri secara kreatif dan inovatif serta membuat apresiasi
berpandukan Bahasa Seni Visual. Ahli Kelab Seni Visual
boleh menjual karya catan
Bahan: Karya yang dihasilkan dalam aktiviti Ekspresi Seni. semasa Hari Usahawan
Sekolah.
Langkah:
1. Pamerkan beberapa karya terpilih di atas meja atau easel di Sudut Seni Visual.
2. Susun karya mengikut tema, iaitu flora dan fauna.
3. Semua murid dan guru akan bergerak dari satu karya ke satu karya. Pemilik karya akan
diberikan 2-3 minit untuk membuat apresiasi tentang karya mereka.
4. Ulangi proses tersebut sehingga kesemua karya telah dilihat.
5. Catatkan pemerhatian dan maklumat yang diperoleh dalam buku nota.
Nota Guru
Panduan membuat apresiasi
karya seni dari aspek:
• Pemilihan tajuk dan tema.
• Penguasaan bahan dan
teknik.
• Bahasa Seni Visual yang
ditekankan.
Gambar foto 3.1 Pameran karya murid
33

