Page 67 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2
P. 67

Apresiasi Seni                                                 Standard Pembelajaran
                                                                               Murid boleh:
                                                                               5.4.1  Mempamerkan hasil
             Pada bahagian Ekspresi Seni, anda telah menghasilkan lukisan          produk seni.
             pelan  Reka  Bentuk Landskap  bertajuk 'Halaman  Rumah            5.4.2  Menghayati hasil
             Saya'. Anda dikehendaki mempamerkan hasil karya seni yang             produk seni sendiri
             dihasilkan. Buat penghayatan terhadap karya sendiri dan rakan         dan rakan dengan
             dengan menumpukan pada aspek Bahasa Seni Visual. Jelaskan             menumpukan pada
             pengalaman sendiri dalam penghasilan produk seni tersebut.            aspek Bahasa Seni
                                                                                   Visual.
                                                                               5.4.3  Menjelaskan
                                                                                   pengalaman sendiri
                                                                                   dalam penghasilan
                      Tumpu                                                        produk seni.
                          Galeri



             Tujuan: Menghasilkan produk seni Reka Bentuk Landskap dengan menggunakan idea sendiri
                    secara kreatif dan inovatif serta membuat apresiasi berpandukan Bahasa Seni Visual.

             Bahan: Hasil karya seni murid dalam aktiviti Ekspresi Seni.

             Langkah:
             1.  Guru akan memilih beberapa hasil karya seni yang terbaik daripada setiap kumpulan.
             2.  Pamerkan hasil karya tersebut di hadapan kelas.
             3.  Ketua kumpulan akan menerangkan konsep, media, teknik dan prinsip dalam penghasilan
                karya tersebut.
             4.  Murid lain boleh mengemukakan soalan yang berkaitan.
             5.  Buat pemerhatian dan catatkan dalam buku nota anda.



             Nota Guru
              Panduan membuat apresiasi
              karya seni dari aspek:
              •  Kesesuaian tajuk dan
                konsep.
              •  Kesesuaian prinsip dan
                elemen yang digunakan.
              •  Penerangan kepada pilihan
                reka bentuk persembahan.








                                                       Gambar foto 5.9  Sesi Apresiasi Seni




                                                                                                    59
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72