Page 73 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2
P. 73

Prinsip Reka Bentuk Hiasan Dalaman
                                                                                    Tahukah Anda ?
             Jenis Ruang Dalaman                                                Komponen ruang dalaman
             Terdapat pelbagai jenis ruang dalam bangunan. Setiap jenis ruang   rumah terdiri daripada
             mempunyai ciri-ciri dan keperluan tersendiri. Pada umumnya,        anjung, ruang tamu, ruang
             ruang dalaman boleh dibahagikan kepada lima jenis, iaitu ruang     makan, ruang dapur, ruang
             rumah kediaman, ruang pejabat, ruang bangunan perniagaan,          kerja dan bilik tidur.
             ruang kesihatan dan ruang pameran.
                                            Jenis-jenis ruang dalaman












              Ruang rumah kediaman                Ruang pejabat                  Ruang bangunan
                                                                                    perniagaan










                                 Ruang kesihatan                  Ruang pameran
                                         Rajah 6.1  Jenis-jenis ruang dalaman
                                                                                    Tahukah Anda ?
             Peranan dan Fungsi
             Peranan dan fungsi Reka Bentuk Hiasan Dalaman bergantung kepada    Aspek penting dalam Reka
             jenis ruang dalaman tersebut. Berikut adalah antara peranan dan    Bentuk Hiasan Dalaman:
             fungsi Reka Bentuk Hiasan Dalaman sesebuah bangunan.               •  Ruang - memberi
                                                                                  keselesaan.
                                                                                •  Pengudaraan - pengaliran
                 Mencantikkan ruang dalaman.                                     udara.
                 Menjadikan ruang yang sempit kelihatan luas.                  •  Pencahayaan - kedudukan
                 Menjadikan rumah yang murah kelihatan lebih mewah.              tingkap, pintu dan lampu.
                 Memberi keselesaan kepada penghuni dan pengunjung.            •  Warna - menimbulkan
                 Mengelakkan kebosanan kepada penghuni dan pengunjung.           keselesaan.
                                                                                •  Skala - kelihatan harmoni.
                                                                                •  Susun atur - kedudukan
                                                                                  objek.
             Prinsip dan Elemen
             Reka Bentuk Hiasan Dalaman mempunyai prinsip dan elemen yang tertentu. Prinsip dan elemen ini
             menjadi tunjang kepada Reka Bentuk Hiasan Dalaman. Terdapat enam prinsip yang perlu dipatuhi,
             iaitu imbangan, penegasan,  harmoni, kesatuan,  kepelbagaian dan kontra. Elemen Reka  Bentuk
             Hiasan Dalaman pula terdiri daripada elemen semula jadi dan buatan manusia.
                                                                                                    65
   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78