Page 76 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2
P. 76

Mari kita lakukan aktiviti melalui kaedah perbincangan. Anda dikehendaki membincangkan
           prinsip Reka Bentuk Hiasan Dalaman dan kongsikan maklumat dengan rakan-rakan.


                      Aktiviti




           Tujuan:
           1.  Mengenal pasti Reka Bentuk Hiasan Dalaman dalam bidang Reka Bentuk.
           2.  Menjelaskan prinsip Reka Bentuk Hiasan Dalaman.

           Langkah:
           1.  Bahagikan murid kepada lima kumpulan:
               (a)  Kumpulan A  - mengenal pasti dan menjelaskan jenis-jenis ruang dalaman dan ciri-ciri
                                   ruang tersebut.
               (b)  Kumpulan B  - menjelaskan peranan dan fungsi Reka Bentuk Hiasan Dalaman.
               (c)  Kumpulan C  - mengenal pasti dan menjelaskan prinsip dan elemen dalam Reka
                                   Bentuk Hiasan Dalaman.
               (d)  Kumpulan D  - menjelaskan konsep-konsep dalam Reka Bentuk Hiasan Dalaman.
               (e)  Kumpulan E  - menjelaskan kepentingan ergonomik dalam Reka Bentuk Hiasan Dalaman.

           2.  Anda boleh mencari maklumat daripada laman sesawang atau bahan bacaan.
           3.  Catatkan hasil perbincangan kumpulan anda dalam bentuk peta pemikiran i-THINK.
           4.  Persembahkan hasil perbincangan anda.

           Soalan: Apakah yang anda pelajari tentang Reka Bentuk Hiasan Dalaman?







                     Latihan Formatif


           Lengkapkan peta pemikiran berikut.
                                                                    kelihatan lebih


                                  penggunaan
                                                            menekankan
                                                         konsep          berteraskan
                                                konsep
                                     lebih
                                                Reka Bentuk
                                               Hiasan Dalaman           menitikberatkan

                                                 konsep  konsep
                              menampilkan
                                  elemen                                warna

        68
   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81