Page 11 - E-KOMPILASI RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN 2021 SEKOLAH RENDAH
P. 11
RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN
Rancangan Pelajaran Tahunan atau lebih dikenali sebagai RPT merupakan dokumen yang wajib disediakan oleh guru. RPT perlu disediakan
setiap tahun kerana merupakan salah satu dokumen yang penting untuk dirujuk dalam menyediakan Rancangan Pelajaran Harian guru.
Penyediaan RPT seharusnya dibuat sebelum sesi persekolahan tahun semasa bermula dari hari pertama hingga ke hari terakhir persekolahan.
RPT yang baik adalah RPT yang ditulis mengikut tahun semasa menggunakan kurikulum terbaru dan terperinci mengikut tarikh persekolahan.
Penyediaan RPT perlu merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 3 Tahun 1999. Antara kandungan SPI tersebut adalah seperti berikut:
Rekod Pengajaran dan Pembelajaran hendaklah mengandungi hanya dua unsur sahaja, iaitu (i) Rancangan Pelajaran Tahunan, dan (ii)
Rancangan Pelajaran Harian. Pengetua, Guru Besar atau wakilnya hendaklah memastikan
kedua-dua unsur tersebut dibuat mengikut prinsip-prinsip perancangan yang mutakhir.
(i) RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN
Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
(ii) RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti
objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai.
Sehingga kini SPI berkaitan penyediaan RPT ini masih berkuatkuasa dan perlu dipatuhi oleh semua guru.

