Page 157 - MODUL PDPR MATEMATIK TAHUN 1 TAHUN 2021
P. 157

Panduan Kerja Buat :

               1.      Murid dan ahli keluarga sebagai pendamping/pembantu pembelajaran murid perlu terlebih dahulu :
                       (a)    menelaah keseluruhan kandungan modul;
                       (b)    membaca dan memahami objektif pembelajaran (apa yang murid kena belajar)setiap sesi pembelajaran; dan
                       (c)    membaca dan memahami Nota Berkaitan ( cara buat) dengan tajuk/topik/tema.
               2.      Ahli keluarga sebagai pendamping pembelajaran murid perlu memudahcara pembelajaran murid  sepanjang proses  pembelajaran.
               3.      Ahli keluarga sebagai pendamping pembelajaran murid boleh menghubungi guru mata pelajaran jika ada sebarang kemusykilan
               4.      Murid  harus  menyelesaikan  kesemua  tugasan/Aktiviti  yang  diberi  termasuk  Penilaian  Kendiri  dan  Refleksi  Pembelajaran  dalam
                       tempoh yang ditetapkan.
               5.      Modul yang telah lengkap diberi respon oleh murid akan dikutip semula oleh guru mata pelajaran untuk semakan.

                    Sasaran          :      Tahun 1 / Tahap 1.
                    Mata Pelajaran   :      Matematik

                    Bidang Pembelajaran     : Nombor dan Operasi
                    Tajuk                   : 4.0 Wang

                   Nota Berkaitan        : 1)Wang ialah satu alat untuk kita berurusan dalam kehidupan seharian seperti urusan jual beli/ bayar tambang/
                                         bayar yuran sekolah/ bayar sogit/ berian dan sebagainya.

                                                WANG KERTAS           Nombor      Warna                WANG SYILING           Nombor        Warna
                                            RM1 (Satu Ringgit)           1         Biru           5 sen (Lima sen)               5       Perak/kelabu
                                            RM5 (Lima Ringgit)           5         Hijau          10 sen (Sepuluh sen)           10      Perak/kelabu
                                            RM10          (Sepuluh       10       Merah           20 sen (Dua puluh sen)         20      Emas/kuning
                                            Ringgit)
                                                                                                  50 sen (Lima puluh sen)        50      Emas/kuning
                  Objektif                  : Membolehkan murid :
                                            1.     Mengenal nilai wang berdasarkan nombor/warna/bentuk/symbol

                  Standard Kandungan        : Wang kertas dan duit syiling
                  Standard Pembelajaran     : Murid boleh :-
                                             4.1.1  Mengenalpasti mata wang Malaysia dalam bentuk wang kertas dan syiling.


                                                                                                                                                    157
   152   153   154   155   156   157   158   159   160   161   162