Page 160 - MODUL PDPR MATEMATIK TAHUN 1 TAHUN 2021
P. 160
Sasaran : Tahun 1 / Tahap 1.
Mata Pelajaran : Matematik
Bidang Pembelajaran : Nombor dan Operasi
Tajuk : 4.0 Wang
Nota Berkaitan : 1)Nilai wang adalah berdasarkan jumlah wang yang terkumpul.
2) Jumlah wang kertas di tambah mengikut ANGKA yang tertera pada wang kertas tersebut.
3) Jumlah wang syiling di tambah mengikut ANGKA yang tertera pada wang syiling tersebut.
WANG KERTAS Nombor WANG SYILING Nombor
RM1 (Satu Ringgit) 1 5 sen (Lima sen) 5
RM5 (Lima Ringgit) 5 10 sen (Sepuluh sen) 10
RM10 (Sepuluh Ringgit) 10 20 sen (Dua puluh sen) 20
50 sen (Lima puluh sen) 50
Contoh :- a) RM1 + RM 5 = RM 6
b) 10sen + 20sen = 30sen
Objektif : Membolehkan murid :
1. Menjumlah wang kertas dengan wang kertas , wang syiling dengan wang syiling dan menjumlah wang
kertas dengan wang syiling
Standard Kandungan : Wang kertas dan duit syiling
Standard Pembelajaran : Murid boleh :-
4.1.2 Mewakilkan nilai wang
i) Sen hingga RM1
ii) Ringgit hingga RM10
Tempoh Pelaksanaan : 1 Minggu
Aktiviti Pembelajaran: : Murid menjumlahkan wang kertas dan wang syiling.
160

