Page 165 - MODUL PDPR MATEMATIK TAHUN 1 TAHUN 2021
P. 165
Panduan Kerja Buat :
1. Murid dan ahli keluarga sebagai pendamping pembelajaran murid perlu terlebih dahulu :
(a) menelaah keseluruhan kandungan modul;
(b) membaca dan memahami objektif pembelajaran setiap sesi pembelajaran; dan
(c) membaca dan memahami Nota Berkaitan dengan tajuk/topik/tema.
2. Ahli keluarga sebagai pendamping pembelajaran murid perlu memudahcara pembelajaran murid sepanjang proses pembelajaran.
3. Ahli keluarga sebagai pendamping pembelajaran murid boleh menghubungi guru mata pelajaran jika ada sebarang kemusykilan
4. Murid harus menyelesaikan kesemua tugasan/Aktiviti yang diberi termasuk Penilaian Kendiri dan Refleksi Pembelajaran dalam
tempoh yang ditetapkan.
5. Modul yang telah lengkap diberi respon oleh murid akan dikutip semula oleh guru mata pelajaran untuk semakan.
Sasaran : Tahun 1 / Tahap 1.
Mata Pelajaran : Matematik
Bidang Pembelajaran : Nombor dan Operasi
Tajuk : 4.0 Wang
Nota Berkaitan : Wang ialah satu unit bagi pertukaran yang sah digunakan sebagai pembayaran bagi suatu barangan atau
perkhidmatan. Semua orang menggunakan wang dalam kehidupannya. Kita semua yang memerlukannya
akan berusaha untuk mendapatkannya.
Wang bukan segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan wang untuk makan,membayar bil air,
api,telefon,membeli pakaian,membeli kereta dan rumah,perubatan,pendidikan dan sebagainya. Bermakna
wang sangat penting kepada kita semua.
Objektif : Membolehkan murid :
1. Mengenal pasti sumber kewangan dan simpanan.
2. Merekod simpanan dan perbelanjaan daripada sumber kewangan.
Standard Kandungan : Sumber kewangan dan simpanan.
Standard Pembelajaran : Murid boleh :
165

