Page 2 - MODUL PDPR MATEMATIK TAHUN 1 TAHUN 2021
P. 2

SEULAS KATA SETINTA BICARA


                                                 Datu Roslin B. Datu Siabok

                                                 Pegawai Pendidikan Daerah
                                                 Pejabat Pendidikan Daerah

                                                 Kota Marudu



             Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

             Salam JPN Sabah Hebat !
             Katakan Tidak Kepada Nombor 16

             Salam Marudu Hebat !
             Drive to Excellence

             Syukur kehadrat Illahi kerana dengan izin-Nya, kita diberikan kekuatan dan kesihatan untuk menggalas tanggungjawab dengan penuh dedikasi walau di
             tengah-tengah wabak pandemik COVID-19 melanda dunia. Syukur alhamdulilah, penggubalan Modul PDPR Matematik Tahun 1 Versi PKP daerah Kota
             Marudu tahun 2021 akhirnya dapat dizahirkan.

             Syabas dan tahniah diucapkan kepada guru-guru matematik sekolah rendah daerah Kota Marudu yang telah berhempas pulas dalam tempoh yang singkat
             menggubal modul ini; hanya Allah S.W.T yang mampu membalas jasa pengorbanan cikgu-cikgu kepada anak bangsa. Kepada barisan Jurulatih Daerah (JUD)
             yang telah mengedit ejaan, memurnikan kandungan dan mengkompilikasikan modul; begitu hebat dalam profesionalisme kerja anda. Kepada Encik Josil
             Kidutah, Pegawai SISC+ Sains Matematik Sektor Pembelajaran PPD Kota Marudu selaku Pembimbing; kepakaran tuan dalam aspek konten, pedagogi dan
             pentaksiran membolehkan pelaksanaan projek ini dipimpin dan diselaraskan dengan berimpak. Tidak lupa kepada Encik Sanaleh B. Daud, Timbalan Pegawai
             Pendidikan Daerah Sektor Pembelajaran PPD Kota Marudu, yang sentiasa memberi dorongan dan perangsang kepada seluruh pasukan. Akhir sekali, kepada
             Encik Zaini Etong, Penolong Pegawai, Unit Sumber Teknologi Pendidikan PPD Kota Marudu atas sokongan dalam aspek ICT dan multimedia. Terima kasih
             semua.


             Sekian. Selamat Maju Jaya.
   1   2   3   4   5   6   7