Page 3 - MODUL PDPR MATEMATIK TAHUN 1 TAHUN 2021
P. 3

SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG


                                                 Sanaleh B. Daud

                                                 Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
                                                 Sektor Pembelajaran

                                                 Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu



             Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

             Salam JPN Sabah Hebat !
             Katakan Tidak Kepada Nombor 16

             Salam Marudu Hebat !
             Drive to Excellence

             Pertama sekali marilah kita memanjatkan rasa syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita masih punya kesempatan memberi
             khidmat, menyumbang bakti. Salah satu amanat besar yang kita harus teruskan di tahun 2021 ini ialah pemantapan PDPR. Dapatan daripada soal selidik
             yang kita telah jalankan awal tahun 2021 menunjukkan bahawa majoriti sekolah dalam daerah mahu beralih kepada Kaedah Modul dalam pelaksanaan
             PDPR tahun ini. Alhamdulilah, di bawah bimbingan Encik Josil Kidutah selaku SISC+ Sains Matematik dan dibantu oleh barisan Jurulatih Daerah (JUD),
             kompilasi Modul PDPR Matematik Tahun 1 Versi PKP daerah Kota Marudu tahun 2021 ini akhirnya berjaya direalisasikan. Projek ini hanyalah langkah
             permulaan di bawah Bidang Sains Matematik; ia akan diteruskan untuk subjek-subjek yang lain dari peringkat sekolah rendah hinggalah ke peringkat sekolah
             menengah.

             Oleh yang demikian, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru matematik sekolah rendah daerah Kota Marudu
             atas komitmen dan tekad yang tinggi dalam menghasilkan modul ini hanya dalam tempoh 3 minggu sahaja; sungguh besar jasamu cikgu !. Kepada rakan-
             rakan SISC+ yang lain dan para Penolong Pegawai di Sektor Pembelajaran PPD Kota Marudu, syabas dan tahniah atas sumbangan profesional anda dalam
             menjayakan projek ini. Terima kasih daun keladi, di lain wadah kita bertemu lagi.


             Sekian. Berfokus dan Berimpak.
   1   2   3   4   5   6   7   8