Page 55 - MODUL PDPR MATEMATIK TAHUN 1 TAHUN 2021
P. 55

PANDUAN KERJA BUAT:
             1.     Murid dan ahli keluarga sebagai pendamping pembelajaran murid perlu terlebih dahulu;
                    A)     menelaah keseluruhan kandungan modul;
                    B)     membaca dan memahami objektif pembelajaran setiap sesi pembelajaran dan;
                    C)     membaca dan memahami nota berkaitan dengan tajuk/topik/tema.
             2.     Ahli keluarga sebagai pendamping pemelajaran murid perlu memudahcara pembelajaran murid sepanjang proses pembelajaran.
             3.     Ahli keluarga sebagai pendamping pemelajaran murid boleh menghubungi guru mata pelajaran jika ada sebarang kemusykilan.
             4.     Murid harus menyelesaikan kesemua tugasan/aktiviti yang diberi termasuk penilaian kendiri dan reflaksi pembelajaran dalam tempoh
                         yang ditetapkan.
             5.     Modul yang telah lengkap diberi respond oleh murid akan dikutip semula oleh guru mata pelajaran untuk semakan.

             Sasaran                          : Tahun 1

             Mata Pelajaran             : Matematik

             Bidang Pembelajaran   : Nombor dan Operasi


             Tajuk                              : 1.0  Nombor bulat hingga 100

             Nota Berkaitan             : Nombor Bulat ialah nombor-nombor yang digunakan untuk membilang seperti 0,1,2,3,4,5,6,7,8,9,10,11... dan
                                                      seteusnya.
                                     : membilang sepuluh-sepuluh ialah menyebut nombor dalam gandaan 10 seperti, 0,10,20,30,40,50,60,70,80,90,100..

             Objektif                          : murid dapat;
                                      1.  Membilang nombor sepuluh-sepuluh.
                                      2.  Membundar nombor dua digit kepada puluh yang terdekat

             Standard Kandungan       : 1.8    Membundarkan nombor.

             Standard Pembelajaran  : 1.8.1    Membundar nombor bulat kepada puluh yang terdekat.

             Tempoh Pelaksanaan      :  1 hingga 3 minggu.
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60