Page 56 - MODUL PDPR MATEMATIK TAHUN 1 TAHUN 2021
P. 56
PENGENALAN KEMAHIRAN
Aktiviti 1.8.1
Pembundaran ialah anggaran terdekat sesuatu nilai atau kuantiti kepada bilangan terdekat berpandukan sebutan tertentu yang ditetapkan.
Bundarkan kepada puluh bermaksud, menyebut atau menulis nombor, bilangan atau nilai (yang diberi) kepada gandaan sepuluh yang terdekat dengan
nombor, bilangan atau nilai yang diberi.
Contoh 1,
Bundarkan 54 kepada puluh yang terdekat.
Penyelesaian,
1. Lihat kedudukan nombor yang diberi pada garis nombor. Ambil nilai gandaan sepuluh sebelum dan selepas nombor yang diberi.
dekat jauh
5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 6
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0
Gandaan 10 sebelum nombor yang kedudukan nombor yang diberi Gandaan 10 selepas nombor yang
diberi dalam garis nombor. diberi
Keputusan pemerhatian, 54 dekat kepada 50.
Hasil bundaran; 54 50.
Contoh 2,
Bundarkan 75 kepada puluh yang terdekat.

