Page 8 - MODUL PDPR MATEMATIK TAHUN 1 TAHUN 2021
P. 8
Panduan Kerja Buat :
1. Murid dan ahli keluarga sebagai pendamping pembelajaran murid perlu terlebih dahulu :
(a) menelaah keseluruhan kandungan modul;
(b) membaca dan memahami objektif pembelajaran setiap sesi pembelajaran; dan
(c) membaca dan memahami Nota Berkaitan dengan tajuk/topik/tema.
2. Ahli keluarga sebagai pendamping pembelajaran murid perlu memudahcara pembelajaran murid sepanjang proses pembelajaran.
3. Ahli keluarga sebagai pendamping pembelajaran murid boleh menghubungi guru mata pelajaran jika ada sebarang kemusykilan
4. Murid harus menyelesaikan kesemua tugasan/aktiviti yang diberi termasuk penilaian kendiri dan refleksi pembelajaran dalam tempoh yang
ditetapkan.
5. Modul yang telah lengkap diberi respon oleh murid akan dikutip semula oleh guru mata pelajaran untuk semakan.
Sasaran : Tahun 1
Mata Pelajaran : Matematik
Bidang Pembelajaran : Nombor dan Operasi
Tajuk : 1.0 Nombor Bulat hingga 100
Nota Berkaitan : Nombor ialah satu entiti abstrak yang mewakili hitungan atau ukuran. Simbol untuk nombor dipanggil angka.
Operasi-operasi aritmetik untuk nombor ialah penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian. Nombor Bulat
ialah nombor-nombor yang digunakan untuk membilang seperti 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, …… dan seterusnya.
Objektif : Membolehkan murid :
1. Menyatakan kuantiti melalui perbandingan
2. Boleh menamakan dan menentukan nilai nombor sekurang-kurangnya 5 (lima) nombor hingga 100.
Standard Kandungan : 1.1 Kuantiti secara intuitif
1.2 Nilai nombor
Standard Pembelajaran : Murid boleh :
1.1.1 Menyatakan kuantiti melalui perbandingan
1.2.1 Menamakan nombor hingga 100.
1.1.2 Menentukan nilai nombor hingga 100.
Tempoh Pelaksanaan : 2 minggu

