Page 19 - MODUL PdPR BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
P. 19

MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 5



               Sasaran               Tingkatan 5

               Subjek                Bahasa Melayu
               Tajuk atau            Kemalangan di Jalan Raya
               tema

               Nota berkaitan        Hampir setiap hari kita dihidangkan dengan berita-berita dari kaca
               tajuk atau tema         televisyen atau corong radio mengenai kemalangan di jalan raya
                                                  sehingga meragut nyawa. Keadaan ini menunjukkan bahawa
                                                  kemalangan ialah satu masalah serius yang sukar diatasi. Negara kita
                                                  juga merupakan antara negara yang mempunyai angka kematian yang
                                                  tinggi akibat kemalangan. Rakyat Malaysia perlulah sentiasa beringat
                                                  dan berwaspada semasa berada di jalan raya dan menjadikan jalan
                                                  raya kita ialah jalan raya yang selamat.

               Standard              3.2.1 Menulis untuk membuat justifikasi berdasarkan penilaian sesuatu
               pembelajaran            perkara dengan menggunakan ayat yang gramatis.


                             Perkataan                              Maksud
                        Justifikasi           •  Sesuatu  alasan  yang  kuat  yang  menjadikan
                                                 sesuatu wajar dilakukan.
                        Penilaian             •  Perbuatan menilai atau penaksiran.
                        Gramatis              •  Berasaskan prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa.


               Objektif               Pada akhir pelajaran, murid dapat membuat satu justifikasi
               pembelajaran             berdasarkan penilaian sesuatu perkara dengan menggunakan ayat
                                                   yang gramatis.



               Tempoh                2 minggu
               pelaksanaan









                                                             17
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24