Page 15 - MODUL PdPR BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
P. 15

AKTIVITI PEMBELAJARAN

               Baca kedua-dua e-mel di bawah dengan teliti.

               Anda dikehendaki menjawab satu daripada e-mel tersebut. Tulis e-mel anda itu selengkapnya.

               Panjang e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.


               e-mel 1
                 Daripada  :   Ikazira@gmail.com
                 Kepada     :   Intanadlina@gmail.com
                 Subjek      :   Kebaikan bidang pertanian

                 Intan Adlina,
                 Apa  khabar    Intan  sekarang  di  sana?  Saya  mengharapkan  Intan  dan  keluarga  sihat  sejahtera.
                 Bagaimana kehidupan Intan  setelah berpindah ke Tanah Rata Cameron Highland? Semoga Intan
                 seronok  menetap di sana.

                 Intan, tahniah  atas kenaikan pangkat dan menjadi pegawai pertanian di MARDI Cameron Highland.
                 Banyak manfaat yang bakal kita peroleh apabila berbudi kepada tanah. Betul tidak Intan? Oleh itu,
                 saya mohon bolehkah Intan menerangkan  dan menjelaskan kebaikan-kebaikan bidang pertanian
                 secara terperinci kepada masyarakat dan negara?

                 Saya akan menanti e-mel daripada Intan. Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

                 Yang benar,
                 Ikazira


               e-mel 2
                 Daripada  :   Nasiruddin@gmail.com
                 Kepada     :   Amarajdi@gmail.com
                 Subjek      :   Usaha-usaha memajukan bidang perikanan dan penternakan
                 Amar Ajdi,
                 Apa khabar Amar Ajdi yang kini berada di Terengganu? Saya mengharapkan Amar Ajdi dan keluarga
                 sihat sejahtera. Maaf kerana sudah agak lama saya tidak menghantar e-mel kepada Amar Ajdi.

                 Sebenarnya,  saya  sedang  menyiapkan  satu  kerja  kursus  tentang  bidang  Perikanan  dan
                 Penternakan. Kebetulan pula, keluarga Amar Ajdi terlibat dalam bidang ini dan telah berjaya menjadi
                 usahawan yang dikagumi dalam bidang perikanan dan penternakan.
                 Bolehkan saya mengetahui usaha-usaha yang dilakukan oleh keluarga Amar Ajdi sehingga menjadi
                 usahawan yang berjaya dalam bidang perikanan dan penternakan.

                 Saya sangat  menanti e-mel daripada Amar Ajdi. Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.
                 Yang benar,
                 Nasiruddin




                                                             13
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20