Page 3 - BM TINGKATAN 3
P. 3
Tempoh Pelaksanaan 24 – 26 Ogos 2021
AKTIVITI PEMBELAJARAN
Arahan :
Aktiviti 1
Baca petikan yang diberikan.
1. Ubah gaya hidup
Beli barangan keperluan dan bukan kehendak
• Jika menggunakan kad kredit, pastikan anda membuat bayaran penuh (full settlement) bagi
mengelakkan hutang tertunggak
• Amalkan sikap berjimat cermat dan perbelanjaan bukan untuk menonjolkan kemewahan
• Jangan mudah terpengaruh dengan promosi dan tawaran
2. Membuat bajet yang realistik
Mulakan dengan membuat penilaian semua perbelanjaan anda.
• Tetapkan jumlah yang anda ingin belanja dan jumlah yang ingin disimpan
• Jika anda mempunyai kedudukan kewangan yang agak terhad, kenalpasti perkara yang paling
penting untuk anda belanjakan.
• Belanja ke atas barangan keperluan dahulu
3. Berbelanjalah secara bijak.
• Semak senarai harga barangan.
• Buat senarai barangan yang anda ingin beli dan bawa senarai tersebut sewaktu membeli belah
untuk mengelakkan pembelian secara mendadak (impluse purchase)
• Untuk mengelakkan perbelanjaan secara berlebihan, bawa jumlah wang yang mencukupi untuk
membeli barangan yang disenaraikan
• Rancang perbelanjaan dengan teliti dengan membuat perbandingan harga
• Seringkali menjelang musim perayaan, harga barangan akan melambung tinggi. Maka, elok
sekiranya perbelanjaan dibuat lebih awal dari tarikh perayaan.
• Rekod segala perbelanjaan yang dibuat bagi merancang perbelanjaan dengan lebih teliti. Jika
terlebih berbelanja, berusaha lah untuk berjimat serta mengurangkan perbelanjaan

