Page 5 - BM TINGKATAN 3
P. 5

Aktiviti 3 (iii) : Menulis pendapat berdasarkan soalan di bawah.


          Anda  telah  pun  menonton  dua  video  yang  diberikan.  Anda  juga  telah  mengetahui  kepentingan
          berbelanja secara berhemah dan kesan jika berbelanja secara tidak terkawal. Secara tidak langsung
          anda juga meyedari betapa pentingnya merancang perbelanjaan secara beretika.

          Pada pendapat anda, huraikan tiga sebab pentingnya setiap individu merancang perbelanjaan secara
          beretika mengikut kemampuannya?


          1.__________________________________________________________________________________________________________________
          2.__________________________________________________________________________________________________________________

          3.__________________________________________________________________________________________________________________




          Aktiviti 4  Situasi di Kedai Runcit Pak Ali

          Arahan : Anda diminta untuk melengkapkan dialog dibawah mengunakan ayat

          yang tepat dan betul

          Puan Halimah terserempak Puan Siti di restoran. Perbualan mereka berkisar perbelanjaan bulanan
          keluarga masing-masing. Berikut merupakan perbualan mereka.


          Puan Halimah  :  Banyaknya barang yang kamu beli ni, Siti. Habis berapa ribu belanja dapur untuk
          sebulan

          Puan Siti             :  Biasa saja ni.  Memang inilah berbelanjaan setiap bulan keluarga saya. Biasanya
          saya memperuntukkan RM400 setiap sebulan

          Puan Halimah  :  Tapi banyak pula yang kamu beli dengan nilai perbelanjaan tersebut.  Saya hanya
          membeli barang dalam tiga beg plastik ini pun sudah mencecah RM300.


          Puan Siti             : Ah, tu la kamu.  Kita ni sebagai pengguna perlulah bijak berbelanja.

          Puan Halimah  : Siti, boleh kamu jelaskan cara berbelanja dengan bijak?

          Puan Siti : ____________________________________________________________________________

          Puan Halimah  :  Oh, begitu rupanya.  Apa lagi yang perlu yang saya lakukan sebelum berbelanja?


          Puan Siti             : ______________________________________________________________________________.  Tapi kamu
          jangan lupa, sebelum meninggalkan kaunter bayaran, semak resit pembayaran terlebih dahulu.

          Puan Halimah  :  Siti, kenapa kamu selalu berbelanja di kedai itu?

          Puan Siti             :  Kedai tu sangat terkenal dengan menjual barangan pada harga yang berpatutan.
          Kedai itu juga sering kali ______________________________________________________________.


          Puan  Halimah    :    Terima  kasihlah  Siti  kerana  kamu  sudi  berkongsi  maklumat  berbelanja  secara
          berhemah.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10