Page 25 - MODUL PBL SAINS TAHUN 5
P. 25

D. ARAHAN

                            Hasilkan sebuah pamflet tentang perkaitan antara sistem dalam
                            tubuh manusia.
                            Di dalam pamflet tersebut, haruslah mengandungi
                            1. Situasi
                      1
                            2. Kaitan gangguan terhadap sistem tersebut menjejaskan
                                sistem lain di dalam tubuh manusia
                            3. Kepentingan dan cara penjagaan semua sistem dalam
                               tubuh manusia.
                            Pilih satu situasi yang menjejaskan sistem tersebut serta kaitannya
                            dengan sistem lain di dalam tubuh.
                            Situasi 1 : Tercekik makanan ( Sistem pencernaan)
                            Situasi 2 : Tulang patah ( Sistem rangka )
                            Situasi 3 : Kegagalan fungsi Jantung ( Sistem peredaran darah )
                      2
                            Berdasarkan situasi yang dipilih,
                            a. Nyatakan bagaimana gangguan terhadap sistem tersebut
                               menjejaskan sistem lain di dalam tubuh manusia.
                               Rujukan : Buku Teks Sains mukasurat 36 – 37.
                            b. Nyatakan kepentingan dan cara penjagaan semua sistem dalam
                               tubuh manusia yang terlibat.
                            Murid boleh menulis secara manual ( tulisan tangan, melukis atau
                      3     menampal gambar ) atau menggunakan teknologi terkini untuk projek
                            ini.
                            Setelah selesai. Pamflet hendaklah dihantar untuk penilaian kepada
                      4     guru Sains Tahun 5.

                                             E. JADUAL PELAKSANAAN
                      Minggu                           Aktiviti Yang Dilaksanakan

                                    Mengumpulkan maklumat dan bahan dengan menggunakan
                          1         alat atau cara yang bersesuaian untuk melaksanakan tugasan
                                    yang diberikan.
                         2.         Membuat Pamflet

                                         F. PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN

                   Instrumen Pentaksiran       Pamflet
                                              1. Terdapat maklumat tentang kepentingan
                                                 penjagaan semua sistem dalam tubuh
                                                 manusia di dalam Pamflet. (TP 5)
                   Rubrik Pentaksiran         2. Menghasilkan Pamflet yang menarik, kemas,
                                                 mudah difahami, maklumat betul dan unik
                                                 tentang perkaitan antara sistem dalam
                                                 tubuh manusia. (TP6)












                                                                                         19
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30