Page 20 - MODUL PBL SAINS TAHUN 5
P. 20
Tempoh Pelaksanaan 2 minggu
Gambar rangka (atau bahan lain yang sesuai),
Bahan Yang Digunakan plastisin, kad manila, pita pelekat dan nota
berpelekat
D. ARAHAN
Hasilkan sebuah model Sistem Rangka Manusia menggunakan
gambar atau bahan lain yang sesuai.
1
Ibu bapa mengambil foto bahan, proses membuat model rangka
manusia dan hasil akhir.
Rujuk buku teks Sains Tahun 5 pada muka surat 27 sebagai panduan
membina model sistem rangka manusia.
2 Murid- murid juga digalakkkan untuk memilih dan menggunakan
bahan-bahan yang mudah diperolehi dan mengikut kreativiti
masing-masing untuk membina model rangka manusia ini.
Cari gambar sistem rangka manusia melalui internet atau memuat
turun gambar tulang rangka manusia dengan mengimbas kod QR
3 yang ada pada buku teks pada muka surat 27. Kemudian cetak dan
gunting gambar bahagian rangka manusia tersebut.
Sambungkan setiap gambar bahagian tulang dengan menggunakan
4 plastisin(atau apa-apa bahan) yang mewakili sendi.
Lekatkan gambar/ model rangka manusia di atas kad manila.
5 Kemudian, labelkan fungsi setiap rangka utama dengan
menggunakan nota berpelekat.
Setelah selesai, buat satu pembentangan atau rakaman video tentang
model sistem rangka manusia tersebut. Di dalam pembentangan
tersebut hendaklah nyatakan perkara-perkara berikut:
6
i. Jelaskan semua fungsi rangka utama manusia.
ii. Nyatakan fungsi sendi dalam sistem rangka manusia.
Iii. Kepentingan sistem rangka kepada tubuh manusia.
E. JADUAL PELAKSANAAN
Minggu Aktiviti Yang Dilaksanakan
1. Mengumpul maklumat dan bahan
1
2. Menyiapkan model rangka manusia
Membuat pembentangan/ rakaman video model rangka
2
manusia.
F.PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN
1. Model rangka manusia
Instrumen Pentaksiran
2. Video Pembentangan
Video pembentangan menyatakan perkaitan antara
Rubrik Pentaksiran
sistem dalam tubuh manusia. (TP6)
14

