Page 69 - MODUL PBL SAINS TAHUN 5
P. 69

C. KETETAPAN PROJEK

                                                    Laporan dalam bentuk gambar
                    Projek Yang Dihasilkan
                                                    Laporan dalam bentuk video
                    Tempoh Pelaksanaan              1 minggu
                                                    Botol air plastik, pensanitasi tangan jenis cecair
                                                    (hand hanitizer), tanah liat/plastisin, penyedut
                    Bahan Yang Digunakan
                                                    minuman (straw), pewarna makanan, air panas,
                                                    air sejuk atau ais, pen marker,
                                                        D. ARAHAN

                              Ibu bapa atau penjaga mengambil gambar dan merekod video
                        1     sepanjang aktiviti ini dijalankan.


                              Isikan cecair pensanitasi tangan ke dalam botol air plastik dan titikkan
                              beberapa titik pewarna makanan. Goncang botol tersebut secara
                        2     perlahan supaya cecair pensanitasi tangan dan pewarna makanan
                              tersebut sebati.


                              Masukkan penyedut minuman kedalam botol air plastik dan tutup
                              permukaan atas botol tersebut menggunakan tanah liat/plastisin.
                        3     Pastikan permukaan atas botol tersebut ditutup rapat dengan tanah
                              liat/plastisin.

                              Letakkan botol air plastik yang siap tadi di dalam mangkuk yang berisi
                              air panas. Perhatikan aras air berwarna pada penyedut minuman
                              (takat didih), kemudian tandakan aras air tersebut menggunakan pen
                        4     marker. Perhatikan aktiviti selama 5 minit dan catatkan pemerhatian.
                              Berhati-hati ketika mengendalikan air panas, minta bantuan daripada
                              orang dewasa.



                              Pindahkan botol air plastik tadi ke mangkuk yang berisi air sejuk atau
                              ais. Perhatikan aras air berwarna tersebut (takat beku) kemudian
                        5     tandakan menggunakan pen marker. Perhatikan aktiviti selama 5
                              minit dan catatkan pemerhatian


                              Buat laporan mengenai hasil dapatan anda. Rujuk buku teks sains
                        6     tahun 5, muka surat 145 hingga 151 sebagai rujukan.


                              Laporan tersebut boleh berbentuk gambar atau video. Laporan
                              tersebut mestilah:
                                  i)   Nyatakan maksud suhu (rujuk buku teks)
                                  ii)  Nyatakan maksud haba (rujuk buku teks)
                                  iii)  Bahan-bahan yang digunakan
                        7
                                 iv) Pelaksanaan sepanjang proses aktiviti dibuat
                                 v) Kedudukan aras air di penyedut minuman ketika menggunakan
                                     air panas
                                 vi) Kedudukan aras air di penyedut minuman ketika menggunakan
                                     air sejuk atau ais


                                                                                         63
   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74