Page 340 - KOMPILASI PBL (Versi PKP) JILID 2
P. 340
KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
lebat, pembinaan jalan raya atau lebuh raya, pertanian
dan gempa bumi.
4. Proses tanah runtuh berlaku apabila hujan lebat, aktiviti
pembalakan dan pengkuarian di kawasan cerun bukit
menyebabkan akar tumbuhan tidak dapat
mencengkam tanah dan struktur tanah menjadi
longgar. Keadaan ini menyebabkan kejadian tanah
runtuh apabila tanah bergerak menuruni cerun curam
dengan cepat akibat tarikan graviti.
5. Kesan tanah runtuh terhadap manusia ialah
mengorbankan nyawa, kemusnahan tanaman serta
menjejaskan aktiviti manusia seperti pembinaan,
pertanian dan perlombongan.
6. Kesan tanah runtuh terhadap alam sekitar ialah
pencemaran air, kepupusan flora dan fauna,
perubahan landskap, serta kemusnahan flora dan
fauna.
7. Antara langkah yang boleh diambil untuk
mengurangkan risiko berlakunya tanah runtuh di
Ranau ialah tanaman tutup bumi dapat mencengkam.
Langkah kedua ialah aktiviti pertanian secara berteres
dapat mengelakkan tanah runtuh. Langkah ketiga ialah
penyimenan cerun iaitu permukaan cerun bukit disimen
dan dibuat lubang. Langkah ketiga ialah membina
sistem perparitan iaitu dibina setiap teres di lereng
bukit mengikut konturnya. Langkah seterusnya ialah
membina gabion mengelakkan kejadian tanah runtuh.
Langkah terakhir ialah sungkupan plastik iaitu proses
menutup permukaan tanah menggunakan plastik
diletakkan pada cerun curam.
Proses Pembelajaran
Guru menerangkan tugasan PBL kepada murid.
FASA 1:
Guru melakukan perbincangan dengan murid tentang
Minggu 1 - Perancangan
tentang tajuk PBL.
27 April – 2 Mei 2020
Murid mengkaji petikan surat khabar yang diberikan
oleh guru yang bertajuk Tanah Runtuh di Ranau.
340

