Page 363 - KOMPILASI PBL (Versi PKP) JILID 2
P. 363
KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
Rujukan
Bahan Sumber yang 1. Buku Teks Geografi Tingkatan 5, Kubu
digunakan (Murid) Publications, 2019.
Rumusan
Fairul - Saya dapat mengenal pasti serta memahami
kepentingan tumbuhan semula jadi sebagai kawasan
tadahan air. Pada akhir eksperimen ini, saya dapati
tanah yang gondol akan membekalkan air yang sangat
keruh akibat hakisan daripada air manakala tanah yang
mempunyai rumput menghasilkan air yg jernih dan boleh
digunakan semula (tidak kotor). Melalui pembinaan
model ini saya menyedari bahawa alam sekitar kita
termasuk hutan perlu dijaga dengan sebaiknya.
Sheriena - Melalui projek ini, saya dapat mengenal pasti
kepentingan mewujudkan kawasan tadahan hujan
sebagai agen untuk mengawal hakisan tanah. Di
samping itu, saya turut menyedari bahawa tumbuhan
hijau amat penting untuk mengurangkan berlakunya
Penilaian
hakisan tanah yang boleh menyebabkan pelbagai
bencana alam seperti banjir lumpur dan tanah runtuh.
Esther – Projek ini membantu saya untuk mengenal
pasti serta memahami kepentingan kawasan tadahan air
melalui perubahan warna pada air yang terhasil. Melalui
projek ini, saya menyedari bahawa kita mestilah
mencintai alam sekitar dan bersama-sama menjaga
hutan untuk kepentingan bersama.
Joanne - Saya dapat memahami bahawa kegiatan
manusia mendatangkan kesan buruk kepada alam
sekitar melalui projek ini. Oleh itu, kita hendaklah
sentiasa beringat tentang kesan setiap tindakan yang
dibuat kepada alam sekitar.
363

