Page 420 - KOMPILASI PBL (Versi PKP) JILID 2
P. 420

KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2


                                                permainan kuiz ringkas berkonsep Flashcard. Walaupun

                                                ramai mengatakan penghasilan buku skrap adalah kerja
                                                yang leceh dan membosankan, saya sama sekali tidak
                                                beranggapan demikian kerana saya boleh

                                                mengaplikasikan hobi serta minat saya iaitu menghias,
                                                mewarna serta melukis karakter mudah dan comel
                                                sepanjang penghasilan buku skrap ini. Pada saya, aktiviti

                                                penghasilan buku skrap sangat menyeronokkan.


                                                Sepanjang proses penghasilan buku skrap ini, selain

                                                mempelajari dan memahami ilmu penulisan karangan KRT
                                                dengan lebih mendalam, saya juga dapat belajar dan
                                                menambah pengetahuan tentang penggunaan warna

                                                yang sesuai serta hiasan yang sesuai mengikut reka
                                                bentuk dan susun atur dialog karakter melalui penghasilan

                                                buku skrap. Seterusnya, saya juga belajar sedikit
                                                sebanyak kemahiran IT melalui video POL yang saya
                                                hasilkan.



                                                Pada akhir penghasilan produk saya, saya sedar bahawa
                                                saya perlu lebih sabar dalam menghasilkan buku skrap
                                                saya supaya hasil akhir akan lebih baik dan kemas. Saya

                                                juga perlu lebih rajin untuk melayari Internet untuk
                                                mendapatkan idea hiasan serta reka bentuk buku skrap

                                                yang lebih kreatif bagi menghasilkan buku skrap yang
                                                lebih mantap.


                                                Saya sangat gembira dan bersyukur kerana berjaya

                                                menyiapkan buku skrap saya. Saya berharap buku skrap
                                                saya dapat membantu pelajar-pelajar untuk memahami
                                                penulisan karangan pendapat / KRT dengan lebih

                                                mendalam.








                                                                                                      420
   415   416   417   418   419   420   421   422   423   424   425