Page 146 - MODUL CAKNA BAHASA MALAYSIA TAHUN 6
P. 146

12  Pasukan penari zapin sekolah perlu berlatih dengan gigih sekiranya __________
                     memenangi pertandingan tarian itu.
                     A  ingin
                     B  masih
                     C  dapat
                     D  perlu


                13  Dedaun kering itu __________ ditiup angin.
                     A  berpusar
                     B  berserakan
                     C  berguguran
                     D  berterbangan

                14  Masih terdapat __________ penduduk Manjung Point yang tidak ambil peduli
                     akan usaha gotong-royong memerangi nyamuk Aedes.
                     A  semua
                     B  separuh
                     C  segelintir
                     D  setengah


                Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


                15  “Kita perlu merancang kewangan dengan betul supaya senang pada kemudian
                     hari,” kata ayah kepada abang.
                     A  Abang dan ayah sedang merancang kewangan supaya mereka senang
                         pada hari kemudian.
                     B  Abang menasihati ayah sentiasa merancang kewangan dengan betul
                         supaya senang pada kemudian hari.
                     C  Ayah menasihati abang supaya merancang kewangan dengan betul supaya
                         senang pada kemudian hari.
                     D  Perancangan kewangan perlu dibuat kemudian supaya kita senang.


                     Pilih ayat yang betul.

                16  I     Menara Berkembar Petronas pernah menjadi menara tertinggi di Asia
                     Tenggara.
                     II   Pemuda cantik itu pramugara pesawat MAS.
                     III  Murid tahun enam akan menduduki peperiksaan UPSR pada bulan
                     September lepas.
                     IV  Siapakah Menteri Pendidikan Malaysia sekarang?
                     A  I dan II
                     B  II dan III
                     C  II dan IV
                     D  I dan IV


                                                                                                              135
   141   142   143   144   145   146   147   148   149   150   151