Page 151 - MODUL CAKNA BAHASA MALAYSIA TAHUN 6
P. 151
Soalan 23
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Menara Condong asalnya tidaklah condong sebagaimana sekarang. Menara ini asalnya
dikenali sebagai Jam Tinggi kerana di bahagian atasnya terdapat sebuah jam. Orang yang
bertanggungjawab membuat Menara Jam Tinggi ini ialah Leong Choo Cheong atau Ah
Cheong. Sebagai arkitek, beliau telah mendapat ilham membina reka bentuk Jam Tinggi
sedemikian berdasarkan bangunan pagoda di negara China.
Tujuan asal pembinaan Jam Tinggi pada tahun 1885 adalah untuk menempatkan
sebuah tangki air untuk kegunaan penduduk setempat pada musim kemarau atau apabila
berlaku kebakaran. Hal ini kerana pada waktu itu tidak ada perkhidmatan bomba. Pada
tahun 1895 berlaku banjir besar di Teluk Intan menyebabkan tapak dan tingkat bawah
menara ini tenggelam. Banjir yang berlaku serta bebanan air yang berat dipercayai punca
menara ini condong ke arah barat.
Pada zaman pemerintahan Jepun (1942-1945) bangunan Menara Condong ini dijadikan
pusat kawalan untuk meninjau kedatangan musuh. Bangunan kayu ini digunakan sebagai
bangunan ketenteraan oleh pihak Jepun telah menyebabkan kerosakan terutama pada
bahagian atas. Menara Condong ini mempunyai ketinggian 85 kaki dari aras bumi. Secara
umum, bangunan ini mempunyai tiga tingkat, setiap aras mempunyai ketinggian 15.5 kaki.
Menara Condong mempunyai 110 anak tangga yang diperbuat daripada kayu. Namun
begitu, pandangan dari luar, bangunan ini seolah-olah mempunyai tujuh tingkat.
a. Nama lain bagi bangunan Jam Tinggi ialah
__________________________________________________________________
(1 markah)
b. Apakah punca bangunan Jam Tinggi ini condong ke arah barat?
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
(2 markah)
140

