Page 14 - Sejarah_Tahun 4_SK
P. 14

Sumber Sejarah



                  Sumber sejarah memberikan maklumat yang tepat tentang sesuatu
                  peristiwa yang telah berlaku. Sumber sejarah terbahagi kepada dua, iaitu
                  sumber primer dan sumber sekunder.


                  Sumber Primer

                  Sumber primer juga dikenali sebagai sumber pertama. Sumber primer
                  berada dalam bentuk asal dan belum diolah. Contoh sumber primer ialah
                  fosil, manuskrip, dokumen rasmi dan artifak.



















                  Fosil ialah tinggalan tumbuhan atau        Manuskrip tulisan tangan seperti Hikayat Hang
                  haiwan yang terawet.                       Tuah dan Sulalatus Salatin.
                  (Sumber: Muzium Geologi, Jabatan Mineral   (Sumber: The Legacy of Malay Manuscripts, 2012.
                  dan Geosains Malaysia)                     Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia)


                  Artifak ialah
                  hasil ciptaan
                  manusia
                  seperti
                  alat batu,                                Dokumen rasmi
                  tembikar,                                 mengandungi
                  senjata dan                               catatan tentang
                  duit syiling.                             sesuatu peristiwa
                                                            sejarah yang
                  (Sumber: Muzium Sejarah dan               telah berlaku.
                  Ethnografi Melaka)
                                                            (Sumber: Arkib
                                                            Negara Malaysia)
                                  Contoh-contoh
                                  manuskrip

                 6
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19