Page 18 - Sejarah_Tahun 4_SK
P. 18
Ruang dan Masa
Sejarawan menggunakan urutan masa untuk mengkaji peristiwa sejarah yang
telah berlaku. Urutan masa dikenali sebagai kronologi. Konsep masa ini dapat
dibahagikan kepada dekad, abad dan alaf. Konsep masa juga boleh dilihat
mengikut zaman, iaitu zaman Sebelum Masihi (SM) dan zaman Masihi (M).
Zaman Masihi (M)
Tahun 20 (SM) 10 (SM)
1 (M) 10 (M) 100 (M) 1000 (M)
dekad
abad
alaf
Rajah Garis Masa.
Kronologi Peristiwa Sekolah Saya
Persekolahan Hari Sukan Hari Kantin Sambutan Hari Hari Anugerah
Bermula Sekolah Kemerdekaan Kecemerlangan
Januari Februari April Ogos Oktober
(Sumber: Ahmad Hishanuddin bin Ramli) (Sumber: Muhamad Syafiq bin Hussin)
Ruang sejarah yang luas membolehkan sejarawan menjalankan
penyelidikan mengikut bidang tertentu seperti politik, ekonomi dan sosial.
Tahukah Anda? Ruang dan masa memudahkan
kita memahami peristiwa sejarah
Sebelum Masihi (SM) bermaksud
zaman sebelum kelahiran Nabi Isa. yang telah berlaku. Oleh itu, kita
Masihi (M) bermaksud zaman selepas dapat menulis peristiwa sejarah
kelahiran Nabi Isa. yang lengkap dan tersusun.
Glosari Cerdas Minda
Kronologi: Rentetan peristiwa yang Nyatakan kepentingan
berlaku mengikut urutan masa.
Dekad: Tempoh selama 10 tahun. urutan masa dalam mengkaji
Abad: Tempoh selama 100 tahun. peristiwa sejarah.
Alaf: Tempoh selama 1000 tahun.
Nota Guru
10 Bimbing murid memahami konsep ruang dan masa. 1.1.4
Bimbing murid memahami ruang dan masa dalam peristiwa sejarah.

