Page 44 - Sejarah_Tahun 4_SK
P. 44

Sejarah Sekolah



                  Sejarah sekolah perlu dipelajari supaya kita sentiasa menghargainya.
                  Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat mempunyai sejarah yang unik
                  dan tersendiri. Sejak ditubuhkan, sekolah ini telah mengalami pelbagai
                  perubahan dan kejayaan.


                                                                1956

                         1890                                                                   2001
                                                      Pertambahan
                Sekolah ini diasaskan pada            bilangan murid telah                Bangunan
                tahun 1890. Sekolah ini               menyebabkan sekolah                 tambahan telah
                mendapat nama sempena                 ini dipindahkan ke tapak            didirikan bagi
                 Kampung Permatang Tok                yang lebih luas.                    menampung
                 Mahat dan dikenali oleh                                                  pertambahan
                 penduduk tempatan dengan                                                 jumlah murid.
                 nama “sekolah itik”.







                                                       Bangunan ini mempunyai
                                                       tujuh buah bilik darjah.

                                                                                       Bangunan tambahan
                   Bangunan ini mempunyai tiga                                         Sekolah Kebangsaan
                   buah bilik darjah sahaja.                                           Permatang Tok Mahat.






                       Tahukah Anda?

                    Sekolah Kebangsaan Permatang
                    Tok Mahat dikenali sebagai                          Cerdas Minda
                    “sekolah itik”  kerana bangunan                Apakah kejayaan yang dicapai
                    yang pertama didirikan rendah                  oleh Sekolah Kebangsaan
                    seperti bangsal itik.                          Permatang Tok Mahat pada
                                                                   peringkat antarabangsa?
                            Video Sekolah
                            Kebangsaan
                            Permatang Tok Mahat
                              Nota Guru
                 36
                             Bimbing murid memahami garis masa sejarah Sekolah Kebangsaan
                             Permatang Tok Mahat dengan betul.
   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49