Page 48 - Sejarah_Tahun 4_SK
P. 48

Organisasi Sekolah




                  Organisasi sekolah memudahkan pengurusan pentadbiran menjadi lebih
                  teratur. Pengurusan yang baik akan membawa kecemerlangan dan
                  kejayaan kepada sekolah. Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat
                  diterajui oleh guru besar.  Beliau dibantu oleh penolong kanan pentadbiran,
                  penolong kanan hal ehwal murid dan penolong kanan kokurikulum.


                   Carta Organisasi Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat 2019

                                                         Guru Besar









                                                     Abd Halim bin Aris


                         Penolong Kanan                Penolong Kanan                Penolong Kanan
                          Pentadbiran                  Hal Ehwal Murid                 Kokurikulum








                  Janisha binti Mohamad Dar              Alias bin Din             Mariza binti Arshad



                  Pengurusan sekolah yang cekap dapat memastikan sekolah berada
                  dalam keadaan terurus. Sebagai murid, kita perlu menghormati dan
                  mematuhi setiap arahan dan peraturan sekolah.


                              Aktiviti

                  Secara berpasangan, hasilkan buku skrap berkaitan dengan sekolah anda.
                  Buku skrap tersebut perlu mempunyai maklumat yang berikut:
                   1. Nama dan alamat sekolah.
                  2. Lencana sekolah.
                  3. Carta organisasi sekolah.
                  4. Kejayaan sekolah.
                  5. Penglibatan sekolah dengan masyarakat setempat.

                 40
                 40          Nota Guru                                                                     1.3.4
                             Bantu murid memahami pengurusan dan organisasi sekolah.                   K 1.3.7
   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53