Page 7 - Sejarah_Tahun 4_SK
P. 7

Tajuk 4: Kerajaan Melayu Awal

                   Tajuk ini membincangkan kerajaan Melayu awal sebelum zaman Kesultanan Melayu
                   Melaka. Murid diberi pendedahan tentang nama, lokasi, kegiatan ekonomi dan bentuk
                   hubungan  diplomatik.  Murid  berupaya  membuat  perbandingan  masa  lalu  untuk
                   disesuaikan dengan kehidupan masa kini dalam menghargai sejarah asal usul negara.


                      Tajuk 5: Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka
                    Tajuk ini membincangkan tokoh-tokoh terbilang Kesultanan Melayu Melaka
                    dengan memberikan tumpuan terhadap struktur masyarakat, maksud tokoh terbilang,
                    peranan sultan, bendahara dan laksamana pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
                    Tokoh-tokoh ini terdiri daripada Parameswara, Bendahara Tun Perak dan Laksamana
                    Hang Tuah.

                          Lima tajuk dalam buku teks Sejarah Tahun 4 SK ini dibahagikan kepada 11 unit.
                    Setiap unit dalam buku ini dibincangkan mengikut Standard Pembelajaran yang
                    terdapat  dalam  Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tahun 4. Pada akhir
                    halaman buku teks ini, senarai rujukan yang digunakan dalam penulisan dipaparkan
                    bagi memudahkan guru membuat rujukan.

                    Bagi memudahkan guru dan murid menggunakan buku teks ini, beberapa ikon digunakan.

                                  Sinopsis
                                  Gambaran umum tentang pembelajaran dalam sesuatu unit.

                                  Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah
                                  Murid boleh menganalisis peristiwa sejarah yang berlaku dengan
                                  menggunakan Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah, iaitu elemen asas
                                  sejarah, konsep masa, susunan dan pertukaran (konversi) masa,
                      AKPS
                                  signifikan bukti, imaginasi dan empati, isu dan masalah masa lalu,
                                  perbandingan masa lalu dan mencari sumber.

                                  Apakah yang akan anda pelajari?
                                  Elemen ini dijelmakan secara tersurat dan tersirat sama ada dalam
                                  teks, soalan atau pelbagai bentuk aktiviti.

                                  Nilai Teras Sivik
                                  Elemen utama nilai-nilai murni yang diterapkan kepada murid.

                                  Glosari
                                  Menjelaskan maksud sesuatu perkataan yang sukar difahami untuk
                                  memberikan kefahaman kepada murid.

                                  KBAT
                                  Soalan berbentuk aras tinggi diberikan untuk merangsang pemikiran
                                  murid tentang peristiwa sejarah yang berlaku.

                                                                                                         v v
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12