Page 3 - MODUL TAHUN 4 PAI
P. 3
PENGENALAN
Modul PDPR Pendidikan Islam ini dihasilkan untuk membantu guru
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah sebagai satu
bentuk pembelajaran norma baharu.Hal ini disebabkan kekangan yang
berlaku di antara guru dan murid untuk meneruskan sesi pengajaran
dan pembelajaran di rumah.
Kerjasama di antara guru, ibubapa dan murid akan memastikan
pembelajaran berjalan secara berterusan. Terdapat nota dalam modul
ini dapat membantu murid untuk memahami konsep asas atau
pengertian dalam topik yang dipelajari. Lembaran kerja dan aktiviti
diberikan supaya guru-guru dapat membuat pentaksiran dalam bilik
darjah (PBD).
Semoga modul ini dapat memberi manfaat kepada yang sesiapa
yang menggunakannya. Terima kasih kepada semua yang terlibat untuk
menyumbangkan idea dan perkongsian untuk modul ini.
3

