Page 100 - BUKU TEKS TAHUN 6
P. 100
Membaca
Trio Kesateria
Perlumbaan Formula Perpaduan telah menarik minat
Amar dan rakan-rakannya. Dia, Jega dan Wei Chuan
bersepakat untuk menyertai perlumbaan tersebut.
Mereka telah mendaftarkan diri sebagai peserta
dan membentuk kumpulan yang diberi nama
“Trio Kesateria”. Mereka berharap agar penyertaan
mereka dalam perlumbaan tersebut tidak sia-sia.
Sebelum perlumbaan bermula, taklimat tentang
tatacara pertandingan diberikan. Dalam pertandingan
tersebut, setiap kumpulan dikehendaki menuju
ke tiga buah stesen. Di setiap stesen, ada aktiviti 1 Cabaran Pertama
mencabar yang perlu dilaksanakan. Kumpulan yang lam pegaga di dalam raga‚
berjaya melaksanakan ketiga-tiga cabaran dalam Dibawa orang ke Kuala Sedeli;
masa yang paling pantas akan diisytiharkan sebagai Bola raga ditimang bertiga‚
juara. Jangan kurang dua puluh kali.
Saat yang ditunggu-tunggu pun tiba. Gong
dipalu sebagai tanda acara bermula dengan 2 Cabaran Kedua
rasminya. Semangat kumpulan Trio Kesateria
begitu membara. Dari satu stesen ke satu stesen, Bunga anggerik bunga berduri‚
Bunga kertas pilihan dara;
cabaran dihadapi bersama-sama. Upih ditarik sambil berlari‚
Amar, Jega dan Wei Chuan menunjukkan Siapa pantas dialah juara.
semangat perpaduan yang tinggi. Mereka berpadu
tenaga dan bersatu hati untuk menghadapi setiap 3 Cabaran Ketiga
cabaran. Perbezaan bangsa dan budaya tidak menjadi
penghalang kepada mereka. Akhirnya, kumpulan Usah diburu kerbau betina‚
mereka berjaya menjadi juara dan mendapat Takut-takut tak sempat lari;
tepukan yang gemuruh daripada penonton. Mari tiru kaligrafi Cina‚
Cuba ikut contoh diberi.
1. Apakah perlumbaan yang telah menarik minat Amar dan
rakan-rakannya?
2. Ke manakah para peserta perlu menarik upih pinang?
3. Nyatakan cabaran yang perlu disempurnakan oleh Trio Kesateria.
4. Huraikan faktor kejayaan Trio Kesateria.
Aktiviti
Memberikan maksud ayat yang mengandungi perkataan berimbuhan.
Murid membaca dan memahami cerita.
75
2.2.3
PK: Nilai Murni – Perpaduan Ilmu – Sosiobudaya
Strategi P & P: KB – Menganalisis BCB – Bacaan intensif

