Page 12 - BUKU TEKS TAHUN 6
P. 12
Membaca
Permata Keluargaku
Tahun ini genaplah enam tahun umur adikku, Irfan. Seperti murid prasekolah
yang lain, Irfan sudah mula belajar menulis, membaca dan mengira. Irfan
sangat rajin dan bersungguh-sungguh semasa belajar. Sebagai abang, aku
sering memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepadanya.
Daripada pemerhatianku, pencapaian Irfan dalam pelajaran masih
sederhana. Namun begitu, ada keistimewaan yang begitu terserlah pada dirinya.
Irfan sangat pandai melukis. Bakatnya dalam bidang lukisan cukup istimewa.
Hampir setiap hari Irfan akan melukis. Setiap hari jugalah Irfan akan
meminta aku menilai lukisannya. Apabila melihat hasil kerjanya itu, aku pasti
tidak dapat menahan rasa kagumku. “Wah, kreatifnya!” bisik hatiku.
Bagiku Irfan sangat hebat. Dalam usia semuda itu dia mampu menghasilkan
lukisan yang bukan calang-calang orang mampu melukisnya. Kadang-kadang,
aku berasa malu. Lukisan Irfan jauh lebih cantik dan kreatif daripada lukisanku.
Ayah dan ibu juga sedar akan hal itu. Mereka berusaha untuk menggilap
bakat Irfan. Irfan sering dihantar untuk menyertai pertandingan melukis. Irfan
juga dimasukkan ke kelas lukisan bagi meningkatkan kemahirannya.
Bakat Irfan mula disedari,
Bakat istimewa sukar dicari,
Rasa gembira tidak terperi,
Anugerah Tuhan kami syukuri.
Nasihat guru Irfan turuti,
Tunjuk ajarnya sentiasa diikuti,
Kuat semangat dan cekal hati,
Tekun berusaha tidak berhenti.
Ibu dan ayah tidak menghalang,
Malah gembira bukan kepalang,
Semoga Irfan terus cemerlang,
1. Ceritakan bakat istimewa Irfan. Memburu kejayaan gilang-gemilang.
2. Terangkan sikap abang Irfan.
3. Nyatakan usaha ibu bapa Irfan untuk menggilap bakat Irfan.
4. Huraikan usaha yang perlu dilakukan oleh Irfan untuk
meningkatkan bakatnya.
Aktiviti
Menjelaskan pernyataan berdasarkan teks.
Murid membaca dan mengenal pasti ayat yang mengandungi perkataan 3
2.2.3 berimbuhan.
PK: Nilai Murni – Bertanggungjawab Ilmu – Bimbingan dan Kaunseling
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea KP – Verbal-linguistik

