Page 13 - BUKU TEKS TAHUN 6
P. 13

Menulis


                                                   Hebatnya Adikku


                  Rabu,        Januari 20                                                       Pertandingan Melukis
                                                                                               Tarikh:    Januari 20
                  8.00 pagi                                                                    Tempat: SK Taman Kencana
                                                                                                 Masa: 8.00 pagi
                  Para peserta pertandingan melukis termasuk
                  adikku, Irfan, sudah bersedia. Pertandingan
                  melukis akan dimulakan pada bila-bila masa
                  sahaja. Semua peserta termasuk Irfan berkumpul
                  di dalam dewan sekolah. Peralatan melukis
                  seperti  pensel,  krayon  dan  kertas  lukisan
                  sudah tersedia di depan mata.                       Riuh-rendah suasana di kota,
                                                                        Kota Melaka indah tergambar;
                                                                      Bersedia sudah para peserta,
                                                                        Semangat mereka berkobar-kobar.


                                                              8.15 pagi
                                                              Semua  peserta  mula  melukis.
                                                              Tema  pertandingan  melukis  itu
                                                              ialah “Keluarga yang Bahagia”.
                                                              Irfan melukis gambar keluarga
                                                              kami yang sedang berkelah.
                  Paku pakis pucuknya lentik,
                     Pokok pegaga ditimpa dahan;
                  Irfan melukis sungguhlah cantik,
                     Gambar keluarga menjadi pilihan.




                    10.30 pagi
                    Keputusan pertandingan diumumkan. Irfan
                    telah berjaya mendapat tempat pertama.
                    Lukisannya  yang  cantik  dan  kreatif  telah
                    menarik perhatian para juri. Kami sekeluarga
                    berasa  amat  bangga  hingga  menitiskan           Sampan dialih mudik ke muara,
                    air mata kegembiraan.                                Mudik ke muara muatannya pari;
                                                                       Irfan dipilih menjadi juara,
                                                                         Kami gembira tidak terperi.
                               Aktiviti
                                  Menulis teks secara mekanis dengan betul dan kemasnya.



                                  Murid menulis catatan dan puisi.
                  4
                         3.2.6
                                PK: Nilai Murni – Kesungguhan               Ilmu – Pendidikan Seni Visual
                                Strategi P & P: KB – Menjanakan idea        KP – Visual-ruang
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18