Page 138 - BUKU TEKS TAHUN 6
P. 138

Mengujarkan Cerita
                                              Kisah Hidup Sepotong Kayu

                    Aku merupakan sepotong kayu di sebuah kilang papan usang.
                    Hidupku terbiar kerana khidmatku sudah tidak diperlukan lagi.
                    Aku berasa amat kecewa.
                        Sebelum aku dibawa ke kilang papan ini, aku hidup gah
                    di rimba raya. Hidupku sungguh tenang dan gembira di sana.
                    Aku amat dihormati dan dipandang tinggi oleh penghuni rimba.
                    Badanku besar dan usiaku puluhan tahun.
                        Pada suatu hari, aku didatangi oleh seorang pengukir kayu.
                    Beliau memungut aku lalu membawa aku pulang. Beliau mahu
                    menghasilkan ukiran yang cantik pada badanku.
                        Beliau merupakan pengukir kayu yang sangat handal. Dengan
                    menggunakan peralatan seperti pahat, tukul dan ketam kayu,
                    beliau memulakan kerja tangannya.
                        Beliau mengukir pelbagai jenis motif pada badanku.

                                                                 Maklumat  !
                                                                 • Motif ialah ragam hias atau reka corak
                                                                   yang dihasilkan pada kraf tangan.
                                                                 • Motif flora ialah motif bunga-bungaan
                                                                   dan tumbuh-tumbuhan.
                                                                 • Motif fauna ialah motif yang
                                                                   menggunakan bentuk unggas, haiwan
                                                                   dan serangga.
                                                                 • Motif angkasa atau kosmos menerapkan
                                                                   gambaran awan larat seperti bintang,
                                                                   matahari, bulan dan bukit-bukau.
                                                                 • Motif geometri menampilkan bentuk
                                                                   seperti bulatan dan segi tiga.

                    Aku     .











                              motif fauna                motif flora              motif kosmos

                           Aktiviti

 Menulis jawapan pemahaman secara kritis dan kreatif.  Mengujarkan cerita dengan menggunakan bahasa yang indah.


                              Murid memahami teks dan gambar untuk menyampaikan cerita.
                                                                                                          113
                     4.2.2
                            PK: Nilai Murni – Kesyukuran               Ilmu – Kesenian
                            Strategi P & P: KB – Menjanakan idea       KP – Verbal-linguistik
   133   134   135   136   137   138   139   140   141   142   143