Page 142 - BUKU TEKS TAHUN 6
P. 142

Menulis
                                          Menimba Ilmu di Muzium Diraja
                    Amar dan rakan-rakannya telah menyertai lawatan sambil belajar ke Muzium
                    Diraja,  Kuala  Lumpur.  Lawatan  yang  dianjurkan  oleh  Kelab  Budaya  Sekolah
                    Kebangsaan Taman Kencana itu diadakan pada 19 Ogos 20    . Lawatan itu
                    disertai oleh 40 orang anggota Kelab Budaya dan empat orang guru pengiring.
                        Lawatan  itu  dianjurkan  untuk  menambahkan  ilmu  pengetahuan  para
                    peserta tentang Institusi Raja Berperlembagaan di Malaysia.
                        Semasa berada di muzium tersebut, Amar dan rakan-rakannya berpeluang
                    untuk menyaksikan pameran tentang Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
                    Yang  di-Pertuan  Agong.  Maklumat  yang  disajikan  dalam  pameran  tersebut
                    amat menarik dan berguna kepada para peserta. Contohnya, pakaian yang
                    digunakan semasa istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong.

                   Tengkolok Diraja                                Muskat
                   • kain tenun sutera                             • pakaian rasmi
                   • solek atau bentuk hulu                        • asal – negara
                     – “Dendam Tak Sudah”                            Muskat
                     namanya                                       • benang bulu hitam
                   • hadapan tengkolok                             • sulaman emas –
                     – anak bulan dengan bintang                     bercorak awan larat
                     pecah empat belas – emas putih                  dan bunga raya
                     – bahagian tengah – lambang
                     kerajaan Malaysia

                                                                                Pending Diraja
                    Keris Pendek Diraja                                         • emas sepuluh mutu –
                    • mata keris lama                                             bertatah dan bersulam –
                    • berhulu – bersarung gading –                                permata delima
                     tatah emas                                                 • bahagian tengah –
                    • hulu keris – Hulu Pekaka                                    lambang Kerajaan
                    • kepala Geroda                                               Persekutuan
                    • sampir keris –                          • Tali bengkung – kain sakhlat – bertekat
                     lambang kerajaan                           berbunga-bunga – benang emas
                     Persekutuan





                                                                                Sumber: www.utusan.com.my
                           Aktiviti
 Membuat ulasan tentang cerita “Tukang Kayu dan Tukang Besi”.  Membina kerangka dan menulis karangan.



                              Murid menulis karangan jenis laporan dan berita.
                                                                                                          117
                     3.3.4
                            PK: Nilai Murni – Menghargai warisan       Ilmu – Sejarah
                            Strategi P & P: KB – Mensintesis           Pembelajaran Konstruktivisme
   137   138   139   140   141   142   143   144   145   146   147