Page 164 - BUKU TEKS TAHUN 6
P. 164

Bacaan Luas


                                            Panorama Royal Belum, Perak

                   Inginkah kamu menikmati alam sekitar yang bersih, indah dan mendamaikan
                   serta bebas daripada sebarang pencemaran? Kalau kamu teruja akan alam
                   semula jadi seperti ini, marilah bercuti di Taman Negeri Royal Belum, Perak.
                        Taman  Negeri  Royal  Belum  terletak  di  utara,  di  hujung  negeri  Perak.
                   Kawasan  yang  indah  ini  merupakan  sebahagian  daripada  kawasan  hutan
                   Belum Temengor yang berusia 130 juta tahun. Kawasannya dilitupi oleh hutan
                   hujan  tropika,  dikelilingi  oleh  tasik  air  tawar,  iaitu  Tasik  Banding  dan  Tasik
                   Temenggor.
                        Kawasan  ini  telah  diisytiharkan  sebagai  Royal  Belum  oleh  Sultan  Perak,
                   iaitu  Sultan Azlan  Shah, pada tahun 2003. Royal Belum  diwartakan sebagai
                   Taman  Negeri  oleh  kerajaan  Perak  pada  17  April  2007.  Dianggarkan  Royal
                   Belum memiliki lebih daripada 3000 spesies flora.
                        Selain itu, terdapat 64 spesies paku-pakis, 62 spesies tumbuhan berlumut
                   dan  23  jenis  ikan  sungai  di  Royal  Belum.  Kawasan  hutan,  sungai  dan  tasik
                   menjadi habitat untuk haiwan-haiwan di sini. Kawasan ini juga menjadi tempat
                   perlindungan gajah, harimau belang, badak sumbu dan tapir.
                          ntuk sampai ke Taman Negeri Royal Belum, pengunjung perlu menaiki
                   bot dari Jeti Tasik Banding, Gerik, Perak. Perjalanan dari jeti ke taman negeri
                   ini mengambil masa lebih kurang empat hingga lima jam. Pengunjung dapat
                   menikmati  panorama  yang  indah  sepanjang  perjalanan  ke  sana.  Terdapat
                   juga perkampungan Orang Asli. Mereka mendiami kawasan ini, terutamanya
                   di tebing-tebing tasik.
                        Antara  aktiviti  yang  boleh  kita  lakukan  di  taman  negeri  termasuklah
                   memancing  ikan,  merentas  hutan,  melihat  bunga  Rafflesia,  memerhatikan
                   hidupan liar, bermandi-manda di air terjun dan berkhemah. Wah, seronoknya!
                   Ayuhlah kita ke sana.















 Menggunakan kata adverba dan kata penegas.




                                                                                                          139
   159   160   161   162   163   164   165   166   167   168   169