Page 167 - BUKU TEKS TAHUN 6
P. 167

PENILAIAN 4





                    B) Baca dan fahami petikan serta gambar, kemudian buat ulasan.


                    Pei Shan dan keluarganya menerima undangan ke majlis perkahwinan kakak
                    Izuni. Pei Shan amat teruja kerana inilah kali pertama dia menghadiri majlis
                    perkahwinan orang Melayu.
                        Dalam perjalanan menuju ke majlis itu, Pei Shan dapat melihat kampung
                    yang indah nian. Liang-liuk rumpun bambu di tepi jalan seolah-olah menggamit
                    kedatangan mereka ke Gulau, Sik, Kedah.
                        Menjelang  pukul  12.00  tengah  hari,  mereka  pun  tiba.  Ketika  itu,  para
                    undangan mulai memenuhi majlis tersebut. Encik Khairul dan Puan Anita serta
                    Izuni menyambut kedatangan mereka dengan tangan terbuka.
                        Pei Shan dan keluarganya dijemput duduk di khemah yang dihias cantik.
                    Mereka dihidangi masakan utara seperti kari kambing rias pisang, kerabu umbut
                    kelapa, ikan pekasam goreng dan ulam-ulaman.
                        Pei  Shan  berasa  sangat  gembira  kerana  dapat  melihat  suasana  majlis
                    perkahwinan itu.











































                 142
   162   163   164   165   166   167   168   169   170   171   172