Page 21 - BUKU TEKS TAHUN 6
P. 21
Membaca
Ruang Sembang Corat-coret dari Glasgow Jian Ling
Jian Ling
Lain sungguh rasanya apabila berada di rantau orang.
Kehidupan di sini amat berbeza. Banyak perkara yang perlu
dipelajari untuk menyesuaikan diri. Walau bagaimanapun‚
kehidupan saya di sini baik dan selesa.
Jian Hui
Kakak‚ ceritakanlah perihal bandar raya Glasgow.
Clyde Auditorium
Jian Ling
Bandar raya Glasgow sangat moden dan cantik. Bandar
raya ini merupakan bandar raya yang terbesar di Scotland.
Sistem pengangkutan di sini sangat maju. Tidak sukar untuk
bergerak ke sana sini. Setakat ini‚ kakak telah melawat
ke beberapa destinasi menarik seperti Glasgow Science
Centre‚ Clyde Auditorium dan Pusat Beli-belah Glasgow Fort.
Tempat-tempat ini sering dikunjungi pelancong.
Glasgow Science Centre
Jian Hui
Wah‚ seronoknya! Terdapat banyak tempat Maklumat !
menarik di sana‚ sama seperti negara kita. Glasgow Science Centre
terletak di Clyde Waterfront,
Apabila pulang nanti‚ saya mahu mendengar Glasgow Scotland. Pusat
semua pengalaman kakak. Jangan lupa bawa sains ini telah dirasmikan
oleh Ratu Elizabeth II pada
buah tangan untuk saya. 5 Jun 2001. Pusat ini menjadi
tarikan kepada pengunjung
Jian Ling kerana menyediakan pelbagai
Sudah tentu. Aduhai‚ rindunya kakak akan aktiviti sains yang menarik.
Antara tarikan utama di pusat
keluarga di Malaysia! Masakan enak ibu ini termasuklah pameran
tercinta‚ gelak tawa ayah dan gurau senda kita‚ interaktif dan pertunjukan
semuanya jelas terbayang di ruang mata. sains yang hebat. Selain itu,
pusat ini turut menyediakan
sebuah planetarium dan
Jian Hui panggung IMAX.
Kami pun begitu juga‚ setiap hari merindui kakak.
Aktiviti
Membaca teks yang mengandungi ayat tunggal dan
ayat majmuk secara mekanis.
Murid membaca dan memahami teks.
12
2.3.2
PK: Nilai Murni – Kasih sayang Ilmu – TMK
Strategi P & P: KB – Mengecam BCB – Bacaan luncuran

