Page 65 - BUKU TEKS TAHUN 6
P. 65
PENILAIAN 2
D) Taakul gambar dan jawab soalan serta pernyataan.
1. Senaraikan empat kata kerja dan kata bantu yang diperoleh daripada
gambar, kemudian bina ayat.
2. Pada pendapat kamu, apakah yang akan berlaku jika murid itu tidak
memakai topi keledar dengan kemas?
3. Sebuah lampu isyarat baru dipasang di persimpangan jalan masuk
ke sekolah kamu. Jelaskan fungsi lampu isyarat dan nyatakan
kebaikannya kepada murid sekolah.
4. Mengapakah papan tanda had laju 60 kilometer sejam diletakkan di jalan
itu? Nyatakan alasan kamu.
5. Jika kamu sampai di sekolah lebih awal daripada kawan-kawan kamu,
apakah yang patut kamu lakukan?
6. Jika kamu membonceng motosikal pada waktu malam, pakaian
bagaimanakah yang perlu kamu pakai supaya mudah dilihat oleh
pemandu kenderaan yang lain? Berikan ulasan.
7. Kamu selalu melihat kawan kamu datang ke sekolah dengan menaiki
pelbagai kenderaan. Nyatakan aspek keselamatan yang gagal dipatuhi
oleh mereka.
72

