Page 81 - BUKU TEKS TAHUN 6
P. 81

Pemulihan

                  Jawab soalan berdasarkan petikan.

                  1.  Apakah antara penyebab murid mudah tercedera semasa bersukan?
                      Antara penyebab murid mudah tercedera semasa bersukan ialah                       .
                  2.  Bagaimanakah sikap murid semasa mengambil alatan?
                      Semasa mengambil alatan, murid                 .
                  3.  Berdasarkan pendapat kamu, huraikan risiko kecederaan yang mungkin
                      berlaku jika tilam untuk acara lompat tinggi itu nipis.
                      Risiko kecederaan yang mungkin berlaku jika tilam untuk acara lompat
                      tinggi itu nipis seperti         .
                  4.  Apakah syor kamu kepada pihak sekolah agar kecederaan tidak berlaku
                      semasa bersukan?
                      Syor saya kepada pihak sekolah agar kecederaan tidak berlaku semasa
                      bersukan ialah            .

                                                   Cermat Pasti Selamat

                  Murid-murid  mudah  tercedera  ketika  bersukan.  Antara  penyebabnya  termasuklah  cara
                  mereka mengambil, membawa dan menyimpan alatan.
                       Semasa  mengambil  alatan,  murid  selalu  tercedera  kerana  sikap  mereka  yang
                  sering  mengabaikan  keselamatan.  Selain  itu,  alatan  sukan  yang  berselerak  juga  akan
                  menyebabkan kecederaan kepada murid.
                       Jika  murid  ingin  mengambil  peluru  untuk  aktiviti  lontar  peluru,  mereka  perlulah
                  berhati-hati. Jikalau peluru itu terjatuh, dibimbangi akan terhempap pada kaki dan akan
                  menyebabkan kecederaan.
                       Semasa aktiviti lompat tinggi, tilam yang disediakan perlulah tebal. Tilam yang tebal
                  dapat mengurangkan risiko kecederaan kepada murid. Pastikan juga palang pada tiang itu
                  diletakkan dengan betulnya. Ruang untuk aktiviti itu perlulah luas dan selamat.
                       Kesimpulannya,  murid  perlulah  mengambil  berat  tentang  keselamatan  semasa
                  aktiviti sukan. Mereka perlu memastikan guru ada bersama-sama semasa mengambil dan
                  menyimpan alatan.


                  Pengayaan


                  Kamu  dan  kawan-kawan  kamu  baru  selesai  menjalani  aktiviti  bersukan
                  di  sekolah.  Semasa  hendak  menyimpan  alatan,  kamu  dan  kawan-kawan
                  melihat stor sukan itu tidak terurus.
                       Sebagai  murid  yang  bertanggungjawab,  nyatakan  cara  untuk
                  mengemaskan stor sukan itu agar mesra murid. Kamu boleh merujuk teks
                  dan Internet agar cadangan kamu itu bernas. Kemudian, catatkan maklumat
                  yang diperoleh itu.


                 68
   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86