Page 77 - BUKU TEKS TAHUN 6
P. 77

Membaca


                                            Pembayaran dalam Talian



                  “Ibu, berhati-hati jika membayar bil elektrik melalui Internet,” kata Amar.
                       “Amar, boleh tolong ibu?” tanya Puan Aminah.
                       “Boleh, ibu.” jawab Amar.
                       Amar  pun  menerangkan  cara  pembayaran  bil  dalam  talian  kepada
                  ibunya.


                  Puan Aminah memasukkan kata pengenalan diri. Selepas itu, beliau menaip
                  kata  laluan.  Puan  Aminah  tidak  menggunakan  nombor  yang  mudah
                  dikenal pasti seperti nombor kad pengenalan.
                       Sebelum itu, Puan Aminah memastikan laman sesawang yang dilayarinya
                  betul.  Beliau  tidak  mahu  tersilap  semasa  memberikan  maklumat  peribadi.
                  Beliau amat berhati-hati walaupun diminta atas urusan rasmi.
                       Langkah seterusnya, Puan Aminah mengklik bahagian pembayaran bil.
                  Beliau  mengisi  maklumat  seperti  nama  penuh,  nombor  akaun  dan  jumlah
                  bayaran.  Selepas  menyemak  maklumat  pembayaran  itu,  beliau  mengklik
                  butang pengesahan.
                       Akhir  sekali,  beliau  mengklik  butang  keluar  setelah  beliau  memastikan
                  segala maklumat pada skrin itu betul.


                       “Ibu, saya akan membuat peta alir tentang cara pembayaran bil dalam
                  talian. Peta alir ini akan memudahkan ibu untuk membuat pembayaran bil-bil
                  lain,” kata Amar sambil memegang sebatang pensel dan sehelai kertas.






                         memastikan laman
                         sesawang itu betul









                               Aktiviti
                                  Menyusun maklumat.



                                  Murid membaca dan memahami maklumat.
                 64
                          2.5.1
                                PK: Nilai Murni – Berwaspada        Ilmu – Teknologi Maklumat dan Komunikasi
                                Strategi P & P: KB – Mereka cipta     Pembelajaran Kontekstual
   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82