Page 4 - MODUL PERNIAGAAN TINGKATAN 4
P. 4

PRAKATA  

                                 KETUA  PENGGUBAL  MODUL  PERNIAGAAN  
                 
                 
               Salam  Sejahtera  dan  Salam  Sehati  Sejiwa.  
                 
               Bersyukur  kita  ke  hadrat  Tuhan  atas  keizinanNya  maka  kita  dapat  menerbitkan  MODUL  PERNIAGAAN  
               bagi  tahun  2020.    Aspirasi  penerbitan  modul  ini  adalah  hasil  usaha  yang  konsisten  dan  iltizam  dalam  
               memartabatkan  serta  meningkatkan  prestasi  mata  pelajaran  Perniagaan  dalam  kalangan  murid  di  
               negeri  Sabah  khususnya  di  peringkat  SPM  .    Penerbitan  ini  juga  sebagai  penghargaan  kepada  guru-  
               guru   yang   telah   bertungkus   lumus   dalam   menyiapkan   modul   Tingkatan   4   dan   Tingkatan   5   mata  
               pelajaran  Perniagaan.  
                 
               Penghargaan  dan  ucapan  terima  kasih  ditujukan  kepada  Yang  Berbahagia,  Datuk  Dr.  Mistirine  binti  
               Radin,  Pengarah  Pendidikan  Negeri  Sabah  dan  Yang  Berusaha,  Tuan  Haji  Abidin  bin  Marjan,  Timbalan  
               Pengarah  Sektor  Pembelajaran,  Jabatan  Pendidikan  Negeri  Sabah  kerana  telah  memberikan  ruang  dan  
               peluang  kepada  kami,  guru-  guru  mata  pelajaran  Perniagaan  untuk  menghasilkan    modul    ini  bagi  
               kegunaan  murid-  murid  di  negeri  Sabah.    Tidak  lupa  juga  kepada  Encik  Zagina  @  Sulaiman  bin  Achmad,  
               Ketua  Penolong  Pengarah  Kanan  Unit  TVET  dan  Encik  Harris  bin  Suffian,  Ketua  Penolong  Pengarah  
               Kanan  Unit  TMK,    Sektor  Pembelajaran,  JPN  Sabah  yang  sentiasa  memberi  bimbingan  dan  tunjuk  ajar  
               kepada  kami  dalam  proses  menghasilkan  modul  ini.      
                 
               Saya  juga  mengambil  kesempatan  ini  untuk  mengucapkan  syabas  dan  tahniah  kepada  AJK  Penerbitan  
               Modul  Perniagaan  ini.    Penggubal  yang  terlibat  adalah  seperti  berikut:  
                 
                       Cikgu  Fong  Yee  Shin              -      SMK  Tebobon  
                       Cikgu  Mohd  Hafiz  bin  Roslan        -      SMK  Bandaraya  
                       Cikgu  Azirah  @  Azinah  binti  Ariffin    -      SM  Stella  Maris  
                       Cikgu  Sharifah  binti  Juhari        -      SM  La  Salle  
                 
               Tidak  lupa  ucapan  penghargaan  dan  terima  kasih  kepada  Cikgu  Noorazlinah  Awang  (SMKA  Kimanis)  
               yang  telah  membantu  dari  segi  penyusunan  dan  grafik  modul  ini.  
                 
               Akhir   kata,   kami   selalu   penggubal   modul   amat   berharap   agar   Modul   Perniagaan   ini   dapat  
               dimanfaatkan  sebaiknya  sebagai  sumber  rujukan  ilmu  dalam  kalangan  guru  dan  murid  Perniagaan.  
               Semoga  Jabatan  Pendidikan  Negeri  Sabah  akan  meneruskan  usaha  bagi  memperkayakan  lagi  bahan-  
               bahan  ilmiah  seperti  ini  pada  masa-  masa  datang.  
                 
               Sekian.    Terima  kasih  
                 
                 
                 
                 
               FONG  YEE  SHIN  
               KETUA  PENGGUBAL  MODUL  PERNIAGAAN  










                                                            3  
   1   2   3   4   5   6   7   8   9