Page 6 - MODUL PERNIAGAAN TINGKATAN 4
P. 6
PANDUAN & TIPS MENJAWAB PERNIAGAAN KERTAS 2
❖ Jawapan hendaklah dalam bentuk esei / “point” (esei pendek).
❖ Jawapan mestilah selaras dengan jumlah markah yang telah diperuntukkan.
❖ Markah diberikan berdasarkan fakta yang diberikan.
❖ Murid perlu merancang jawapan mengikut kehendak soalan walaupun
jawapan ringkas.
❖ Murid mesti menjawab mengikut kata tugas yang terdapat pada soalan.
❖ Murid dinasihatkan untuk membuat rangka jawapan yang mengandungi fakta,
huraian & contoh.
❖ Setiap fakta, huraian & contoh perlu ditulis pada satu perenggan, untuk isi
seterusnya, mulakan fakta baru dengan perenggan baru.
❖ Jika jawapan mempunyai 5 fakta, maka akan ada 5 perenggan.
❖ Bahasa yang digunakan perlulah mudah difahami dan tulisan mestilah jelas
serta memudahkan pemeriksa membaca.
❖ Jangan menerangkan sesuatu fakta terlalu panjang sehingga mengabaikan
fakta lain.
❖ Pastikan murid menulis nombor soalan yang dipilih untuk memudahkan
pemeriksa menyemak.
❖ Untuk soalan perbezaan, sila buat dalam bentuk jadual perbandingan.
❖ Bezakan menggunakan aspek yang sama untuk setiap perbezaan yang
dibuat.
❖ Soalan persamaan tidak memerlukan jadual.
❖ Cadangan pembahagian masa untuk menjawab kertas 2
BAHAGIAN A BAHAGIAN B BAHAGIAN C
(50 markah) (30 markah) (20 markah)
65 minit / 5 soalan = 40 minit / 2 soalan = 25 minit
13 minit setiap soalan. 20 minit setiap soalan.
Arahan : Jawab 5 daripada Arahan : Jawab 2 daripada Arahan : Soalan ini
6 soalan. 3 soalan. wajib dijawab
10 markah untuk setiap 15 markah untuk setiap 20 markah untuk satu
soalan. soalan. soalan.
• Masa lebihan 5 minit digunakan untuk membuat semakan terakhir.

