Page 5 - GEOGRAFI TINGKATAN 1
P. 5
Modul PdPR Tingkatan 1 Geografi
SASARAN Pelajar Tingkatan 1
SUBJEK Geografi
TOPIK Bab 1: ARAH
TEMA Kemahiran Geografi
NOTA BERKAITAN TOPIK/ Rujuk Buku Teks Geografi Tingkatan 1 muka surat 1 hingga
TEMA 11
STANDARD KANDUNGAN 1.3 Cara Menentukan Arah Mata Angin Menggunakan
Kompas
STANDARD 1.1.3 Menggunakan kompas untuk menentukan arah mata
PEMBELAJARAN angin
OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pembelajaran murid dapat:
1. Mengorientasikan kompas untuk menentukan arah
dan mengenal pasti arah berpandukan matahari
TEMPOH PELAKSANAAN 1 jam
AKTIVITI Menjawab soalan berdasarkan Modul yang disediakan oleh
guru
PENTAKSIRAN Murid-murid ditaksir berdasarkan kepada Tahap
Penguasaan (TP)
TP3: Mengorientasikan kompas untuk menentukan arah dan
mengenal pasti arah berpandukan matahari.
PANDUAN PELAKSANAAN:
1. Murid-murid membaca tajuk yang berkaitan bab 1: Arah dalam buku teks Geografi
Tingkatan 1 (rujuk mukasurat 1-11).
2. Murid-murid memahami tajuk tersebut.
3. Murid-murid juga digalakkan membuat rujukan daripada internet untuk mengukuhkan
pegetahuan dan pemahaman murid.
4. Sekiranya murid-murid menghadapi masalah untuk memahami tajuk tersebut,
murid-murid digalakkan mendapatkan bimbingan guru geografi.
5. Setelah memahami tajuk tersebut, murid-murid hendaklah menjawab kesemua soalan
latihan dalam modul yang telah disediakan guru.
6. Latihan tersebut hendaklah disiapkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh
guru iaitu__________________
7. Semua modul latihan yang telah siap dijawab hendaklah diserahkan kepada guru mata
pelajaran pada__________________
8. Ibu bapa digalakkan untuk membantu murid-murid untuk menyiapkan latihan dalam
Modul tersebut.
9. Selamat menjawab.
5

