Page 9 - GEOGRAFI TINGKATAN 1
P. 9
Modul PdPR Tingkatan 1 Geografi
2. Murid dikehendaki menjalankan tugasan di bawah. (TP6)
Soalan tugasan: Murid perlu mencari arah dan bearing sudutan tempat tertentu di
kawasan sekolah dari titik rujukan.
Langkah-langkah:
a. Pilih satu titik rujukan yang sesuai untuk dijadikan stesen anda.
b. Letakkan kompas magnetic di atas permukaan yang rata atau tapak tangan anda
c. Pastikan tidak ada sebarang objek besi atau magnet lain yang berhampiran
d. Orientasikan kompas magnetic sehingga jarum kompas berhenti dan menghala kea
rah utara-selatan.
e. Halakan pandangan mata melalui pusat kompas ke arah objek yang hendak
ditentukan arah.
f. Baca arah dengan berpandukan kompas magnetic.
g. Lengkapkan maklumat yang diperoleh seperti dalam jadual dibawah.
h. Lakarkan kedudukan lokasi/objek tadi di atas kertas A4.
i. Dengan menggunakan jangka sudut anggarkan bearing sudutan lokasi/objek tadi.
j. Lengkapkan maklumat yang diperoleh seperti dalam contoh jadual di bawah.
Contoh :
Lokasi/objek Arah dari stesen Bearing Sudutan
Padang Sekolah
Bilik guru
Surau sekolah
Kantin
Koperasi sekolah
9

