Page 105 - Modul Pendidikan Moral Tahun 4
P. 105

Pembelajaran 1

                 Nilai            Kerajinan

                 Standard         11.0 Amalan Rajin dalam Hidup Berjiran.
                 Kandungan

                 Standard         11.1 Memberikan contoh amalan rajin dalam hidup berjiran.
                 Pembelajaran

                                  1.  Murid dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya enam
                 Objektif
                 Pembelajaran         contoh amalan rajin dalam hidup berjiran dalam aktiviti
                                      gunting dan tampal.
                 Standard         Tahap Penguasaan 1
                 Prestasi         Menyatakan contoh amalan rajin dalam hidup berjiran.

                 Jangka masa      30 minit
                 pelaksanaan



               Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)

                       1.  Bincangkan maksud kerajinan.

                                 •  Kamus Bahasa Melayu:
                                         i.  Suka  bekerja  seperti  belajar  dan  sebagainya,  giat,

                                            bersungguh-sungguh, tekun.
                                        ii.  Kerap  kali,  selalu  berbuat  sesuatu  atau  melakukan
                                            sesuatu.

                                 •  Maksud kerajinan daripada DSKP:
                                         i.  Usaha  yang  berterusan,  bersungguh-sungguh  dan

                                            berdedikasi dalam melakukan sesuatu.

                       2.  Bersoal jawab tentang contoh amalan rajin dalam hidup berjiran.

                                 •  Kamu pernah membantu jiran sebelum ini?
                                 •  Apakah yang pernah kamu lakukan untuk membantu jiran?

















                                                                                                      105
   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110